awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
ASUS mungkin hasilkan memori sendiri untuk kekalkan harga peranti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Presiden PH kesal kes COVID-19 mencanak naik

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
09/07/2021
15:25 MYT
Majlis Presiden PH kesal kes COVID-19 mencanak naik
PH menuntut agar Perdana Menteri mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan-kegagalan ini.
KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa kesal dan sedih dengan kes harian COVID-19 yang semakin mencanak naik.
Dalam satu kenyataan bersama, Majlis Presiden PH itu berkata, pelaksanaan darurat, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilihat gagal mengurangkan jumlah kes positif dan angka kematian akibat COVID-19.
“Malah tatacara operasi standard (SOP) yang mengelirukan, penguatkuasaan yang lemah dan terpilih, serta kebenaran kepada kilang-kilang untuk terus beroperasi walaupun ia antara penyumbang terbesar kluster COVID-19 telah menyebabkan rantaian jangkitan gagal diputuskan.
“Rakyat terus merana. Begitu ramai yang telah mengangkat bendera putih kerana hilang pekerjaan atau pendapatan.
“Bantuan kerajaan demi kelangsungan hidup rakyat tidak mencukupi. Terlalu ramai yang telah putus asa, malah begitu ramai yang telah membunuh diri,” ujar kenyataan itu.
Oleh itu, PH menuntut agar Perdana Menteri mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan-kegagalan ini dan meletak jawatan serta-merta.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Hari ini, Malaysia merekodkan kes harian tertinggi sejak bermulanya pandemik iaitu sejumlah 9,180 kes baharu dengan Selangor menyumbang kes harian tertinggi iaitu sebanyak 4,400 kes.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Lim Guan Eng
#Mohamad Sabu
#PKR
#DAP
#Pakatan Harapan
#Parti Keadilan Rakyat
#Parti Amanah Negara
#SOP
#Perdana Menteri
#Amanah
#COVID-19
#kes positif
#pandemik
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan