awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Tertinggi PN bincang cadangan PRN diadakan serentak - Tuan Ibrahim

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
08/12/2022
06:56 MYT
Majlis Tertinggi PN bincang cadangan PRN diadakan serentak - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim melihat momentum rakyat pada masa ini amat baik dengan sokongan diberikan kepada Perikatan Nasional. - Gambar fail
KOTA BHARU: Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan perbincangan bagi membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya (PRN) di tiga negeri yang dikuasainya secara serentak atau sebaliknya.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan terperinci akan dibuat pada mesyuarat pimpinan PN.
“Perkara ini akan dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi PN. Secara peribadi tiada masalah untuk pertimbangkan pengundian dibuat serentak bagi memudahkan pihak SPR dan orang ramai dan ini akan dibincangkan dalam Majlis Tertinggi,” katanya.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: PN rampas Padang Serai, catat kemenangan majoriti besar
Tuan Ibrahim ditemui pemberita pada program Kelantanku Bersih 2022 di sini hari ini.
Tambah Tuan Ibrahim, momentum rakyat pada masa ini amat baik dengan sokongan diberikan kepada Perikatan Nasional.
Ini dibuktikan dengan kemenangan besar PN di Padang Serai dan kekalahan tipis di Dewan Undangan Negeri, DUN Tioman semalam.
Enam negeri yang belum mengadakan pilihan raya pada Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu terdiri daripada Kelantan, Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#PRN serentak
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Majlis Tertinggi PN
#Parlimen Bagan Serai
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan