awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majoriti AMK Melaka isytihar hilang kepercayaan terhadap Akmal Nasir, Prasanth Kumar

Astro Awani
Astro Awani
02/07/2021
06:11 MYT
Majoriti AMK Melaka isytihar hilang kepercayaan terhadap Akmal Nasir, Prasanth Kumar
Akmal Nasrullah Mohd Nasir (kanan) didakwa lemah dan tidak efektif dalam mengemudi AMK di peringkat nasional menjurus kepada kegagalan kepimpinan AMK di peringkat Negeri Melaka yang diketuai Prasanth Kumar (kiri). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Majoriti Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang negeri Melaka mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Menerusi satu kenyataan bersama melibatkan empat pemimpin AMK Cabang, mereka turut mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Ketua AMK Melaka, B. Prasanth Kumar.
Jelas mereka, kepimpinan Ketua AMK Malaysia yang lemah dan tidak efektif dalam mengemudi AMK di peringkat nasional menjurus kepada kegagalan kepimpinan sayap parti itu di negeri Melaka.
"Kegagalan Ketua AMK Melaka menyatupadukan anggota di peringkat negeri dan cabang selepas pemilihan parti dan selepas 'Langkah Sheraton' jelas membuktikan ketidakupayaan beliau dalam memimpin sayap pemuda negeri.
"Ketua AMK Negeri Melaka dilihat mengikut lenggok Ketua AMK Malaysia apabila hanya memilih untuk bermain politik daripada bergerak melakukan gerak kerja di peringkat akar umbi.
"Sehingga kini, AMK negeri Melaka tiada hala tuju yang jelas dan tidak tersusun," kata mereka.
Perkara itu dizahirkan oleh Ketua AMK Alor Gajah, Mohd Khuzaire Mohd Kamal; Ketua AMK Tangga Batu, Muhamad Qayyum Ab Aziz; Ketua AMK Masjid Tanah, Mohd Faizal Othman dan Ketua AMK Hang Tuah Jaya, Naqiuddin Nazrin.
Mereka pada masa sama turut menuntut agar satu Kongres AMK Luar Biasa (EGM) diadakan segera bagi memilih semula Ketua AMK Malaysia yang baharu demi memastikan kestabilan sayap pemuda serta mengukuhkan parti.
Topic Berkaitan
#hilang kepercayaan
#Angkatan Muda Keadilan
#AMK
#Akmal Nasir
#Prasanth Kumar
#PKR
#Parti Keadilan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan