awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan Melaka 2025 tarik lebih 15,696 peserta - Exco
Trump umum rancangan pembinaan dua kapal perang baharu
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majoriti perwakilan UMNO sokong jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertandingkan

Bernama
Bernama
14/01/2023
10:35 MYT
Majoriti perwakilan UMNO sokong jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertandingkan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) diiringi Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan ketika tiba pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di WTC Kuala Lumpur. Turut kelihatan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Majoriti perwakilan UMNO yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini, menyatakan sokongan terhadap usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti tahun ini.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata menerusi undian yang dijalankan pada 4.52 petang tadi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, mendapati majoriti perwakilan bangun dan mengangkat tangan menyokong usul tersebut.
"Majoriti perwakilan UMNO bangun dan angkat tangan sokong Usul Ucapan Dasar Presiden dengan satu tambahan iaitu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan.
"Yang tidak sokong pun diminta berdiri dan angkat tangan, tapi bilangan sangat sedikit," katanya dalam hantaran di Twitter hari ini.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil menerusi hantaran di Facebook mengesahkan usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dikekalkan dan tidak dicabar pada pemilihan tahun ini, diterima dan disokong hampir semua perwakilan selain semua usul yang dibawa oleh perwakilan.
BACA SEMUA BERHUBUNG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2022
[TERKINI] PAU2022 | Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan
Usul tambahan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang dicadangkan perwakilan dari Negeri Sembilan Mohd Shukri Samsudin, semalam.
Pemilihan UMNO perlu dilaksanakan sebelum 19 Mei tahun ini iaitu enam bulan selepas tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhimpunan Agung UMNO 2022
#Ahmad Maslan
#Presiden UMNO
#Timbalan Presiden UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan