Skip to main content

Politik

Malaysia kurang ahli politik tawar naratif negara bangsa unik, berani - Penganalisis

SIMPANG RENGGAM, 11 Julai -- Pengundi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 di Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam pagi ini.
Seorang pemilih melaksanakan tanggungjawab mengundi dalam pilihan raya. - foto hiasan
Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia kekurangan ahli politik yang berani memperkenalkan naratif negara bangsa yang baharu, unik dan berani.  

Pengasas Bersama UNDI18, Tharma Pillai berkata kelompongan ini menyebabkan pengundi terpaksa berdepan dengan naratif politik sempit sedia ada.  

"Malaysia merupakan negara majmuk. Kita selalu bincang mengenai persamaan Melayu, Cina dan India.  

"Tetapi, sesama Bumiputera juga ada perbezaan. Etnik Sabah dan Sarawak; Melayu pantai timur dan Melayu pantai barat, masing-masing ada pandangan serta fahaman yang berbeza.  

“Kita kekurangan ahli politik yang berani untuk perkenalkan naratif negara bangsa yang baharu, unik dan berani, agar kita keluar daripada kepompong naratif politik sempit," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 18 kerusi (25 kerusi ditandingi), Perikatan Nasional (PN) menang tujuh kerusi (11 kerusi ditandingi) dan Pakatan Harapan (PH) menang 11 kerusi (36 kerusi ditandingi).

Kempen berlandaskan politik identiti menjadi perhatian sepanjang pilihan raya berlangsung dengan pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh parti-parti yang bertanding.

Must Watch Video

Advertisement