awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlu kepimpinan yang baik untuk atasi banyak masalah - Dr Syed Ali Tawfik

Astro Awani
Astro Awani
02/11/2021
00:00 MYT
Malaysia perlu kepimpinan yang baik untuk atasi banyak masalah - Dr Syed Ali Tawfik
Dr Syed Ali Tawfik menegaskan ini kerana pemimpin yang ada bukanlah mereka yang layak, menyebabkan banyak masalah yang timbul tidak dapat diatasi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan kepimpinan yang baik bagi menyelesaikan banyak masalah yang sedang berlaku dalam negara ini.
Menurut bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al- Attas, apa yang berlaku di Malaysia semua pemimpin dalam mana-mana parti politik adalah spesis yang sama.
Beliau menegaskan, ini kerana pemimpin yang ada bukanlah mereka yang layak, menyebabkan banyak masalah yang timbul tidak dapat diatasi.
"Jika kita tidak mengatasi masalah pengetahuan, pengetahuan yang korup, dan kenyataannya mereka yang mempunyai kuasa tidak berkelayakan untuk berada di tempat tersebut.
"Ia akan memberi kesan kepada persekitaran kita, ia telah berlaku. Ia akan memberi kesan kepada sosial kita, telah pun berlaku. Terlalu banyak ketegangan disebabkan mereka.
"Ia akan memberi kesan kepada pentadbiran kita, dan ia telah berlaku. Bagaimana mereka boleh bangkitkan isu wiski tetapi isu rasuah tidak dapat diselesaikan.
"Kita ada penyelesaian, kita sudah berikan penyelesaian, tetapi tiada siapa mereka peduli.
"Kita patut mengikuti cara negara lain yang berjaya atasi masalah ini, tetapi mereka enggan menerimanya kerana kita kata cara kita adalah yang terbaik.
"Itu angkuh," katanya dalam satu video yang disiarkan di saluran YouTube milik beliau.
Beliau juga menegaskan, sikap angkuh pemimpin-pemimpin politik menyebabkan mereka sukar menerima kritikan dan pandangan.
Dr Syed Ali Tawfik menjelaskan, disebabkan keangkuhan pemimpin politik itu juga ramai antara mereka kini sudah hilang maruah dan harga diri.
Topic Berkaitan
#Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas
#Wiski
#Rasuah
#bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan