awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tidak perlukan gagasan atau perikatan baharu - Mohamad Hasan

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
15/12/2020
03:54 MYT
Malaysia tidak perlukan gagasan atau perikatan baharu - Mohamad Hasan
Mohamad berpendapat, selepas 10 bulan berlalu semenjak UMNO menyokong pembentukan kerajaan baharu, politik bangsa Melayu dan Malaysia terus berantakan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Malaysia memerlukan kecerdikan yang boleh menonjolkan idea baharu untuk memajukan negara bukan gagasan atau perikatan politik baharu, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya, memberi gambaran bahawa Mohamad menolak idea gagasan besar yang dicadangkan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Mohamad berpendapat, selepas 10 bulan berlalu semenjak UMNO menyokong pembentukan kerajaan baharu, politik bangsa Melayu dan Malaysia terus berantakan.
“Politik bangsa Melayu dan Malaysia terus berantakan. Rakyat kebanyakan telah sangat bosan, muak dan jelik dengan pelbagai kenyataan, perlakuan dan pertembungan ahli politk bangsa Melayu terutamanya.
“Semua ini tidak menguntungkan bangsa. Semua ini meletakkan kedudukan bangsa Melayu pada kedudukan yang lemah dan tanpa haluan yang jelas,” katanya.
Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu, orang Melayu tidak memerlukan gagasan baharu, sebaliknya, apa yang dikehendaki ialah pencerahan tentang jalan bagaimana golongan berkenaan akan menjadi lebih baik dan maju.
“Mungkin yang diperlukan oleh Malaysia itu bukan lagi perikatan politik demi perikatan politik. Tetapi dasar, idea dan kecerdikan baharu untuk menjayakan Malaysia yang maju,” katanya.
Baru-baru ini, Hamzah mencadangkan satu gagasan besar ditubuhkan bersama antara gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan harapan kestabilan politik yang kukuh.
Sumber Facebook TokMatHasanN9
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#UMNO
#Gagasan
#Perikatan
#kecerdikan
#baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan