awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manifesto BN selesai isu perumahan dan pekerjaan - Sivaraajh

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2018
21:00 MYT
Manifesto BN selesai isu perumahan dan pekerjaan - Sivaraajh
SIVARRAAJH: Kajian mendapati isu orang muda adalah perumahan dan pekerjaan, kedua-duanya sudah diselesaikan. - Gambar fail
Manifesto Barisan Nasional (BN) merupakan akujanji yang jelas, rasional, penuh bertanggungjawab dan mengambil kira semua lapisan masyarakat.
Ketua Pemuda MIC Datuk C Sivarraajh berkata, ia bukan janji yang retorik seperti mana yang ditampilkan pembangkang sebelum ini yang tidak akan mampu untuk dilaksana mereka.
Jelasnya, paling penting isu pekerjaan dan perumahan untuk orang muda menjadi satu agenda besar dalam manifesto berkenaan.
"Menarik dalam isu pekerjaan ini ada dua elemen, pertama ada tiga juta peluang pekerjaan dan kalau di bawah 30 tahun, anak muda yang mempunyai ijazah ini akan mendapat pekerjaan atau ditawar peluang pekerjaan dalam masa enam bulan.
"Dalam masa sama, kajian mendapati isu orang muda adalah perumahan dan pekerjaan.
"Jadi kedua-duanya sudah diselesaikan, saya percaya manifesto ini mengambil berat isu golongan muda di negara ini," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.
TONTON: #MalaysiaMemilih: Majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional
BACA: Manifesto BN: Agenda ekonomi wanita terus diperkasa
Pada Sabtu, Najib melancarkan manifesto BN yang mengandungi 14 akujanji sebagai tawaran kepada rakyat negara ini, untuk terus memberi mandat kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.
Manifesto bertemakan "Bersama BN Hebatkan Negaraku" itu menyentuh semua aspek kesejahteraan hidup masyarakat dan menjamin tiada siapa yang akan dipinggirkan bagi menghadapi pelbagai cabaran, dengan mengambil kira keperluan semua negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.
Dalam pada itu kata Sivarraajh, pengumuman penambahan lebuhraya dan tambahan kemajuan di dalam sistem pengangkutan akan membangunkan bandar-bandar kecil sepanjang jalan berkenaan.
Katanya, ia bakal membolehkan lebih banyak penduduk berniaga dan membuka peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk di lokasi berkenaan.
Dalam pada itu katanya, semua 14 teras inisiatif dan janji BN untuk tempoh lima tahun akan datang seperti yang diumumkan akan dilaksanakan sepenuhnya, berbekalkan rekod serta pencapaian yang cemerlang dalam manifesto sebelum ini (PRU-13).
"Janji BN ini mencakupi pelbagai inisiatif yang menyeluruh dan merangkumi segenap masyarakat serta peringkat usia.
"Di samping itu, ia menjana agihan ekonomi yang turut dirasai rakyat di luar bandar.
"Usaha BN untuk meningkatkan gaji minimum sebanyak RM1,500 jelas menunjukkan kesungguhan BN dalam membantu rakyat berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini," ujarnya.
Topic Berkaitan
#akujanji
#anak muda
#Barisan Nasional
#MalaysiaMemilih
#Manifesto
#MIC
#PRU14
#Sivarraajh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan