awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Manifesto PH hanya bersihkan kesalahan lama Tun M'

Astro Awani
Astro Awani
10/03/2018
21:13 MYT
'Manifesto PH hanya bersihkan kesalahan lama Tun M'
SHAIFUL: Saya kira, ini manifesto yang paling lemah dan kurang berkesan pernah dikeluarkan oleh PH. - Gambar fail
Manifesto Pakatan Harapan (PH) adalah satu usaha penuh hipokrasi dan berusaha keras membersihkan kesilapan polisi lampau kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, cukup ironi dan amat hipokrit sekali apabila banyak perkara yang dicadangkan adalah perkara yang menjadi tunjang dan paksi kepimpinan zaman Pengerusi PH itu semasa menjadi perdana menteri dahulu.
"Isu seperti monopoli perniagaan, masalah konsesi tol, isu Sabah dan Sarawak - asal puncanya daripada mana? Rakyat tidak akan pernah terpesona dengan manifesto hilang arah seperti ini.
"Mereka hanya boleh meletakkan semua perkara ini di atas kertas kerana mereka tahu, pelaksanaannya nanti adalah perkara yang hampir mustahil.
"Saya kira, ini manifesto yang paling lemah dan kurang berkesan pernah dikeluarkan oleh PH. Ianya longgar dalam segenap segi dan kurang perincian pelaksanaan yang tuntas," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
BACA: "Nak menang, jangan bergaduh sama sendiri" - Tun M
BACA: Satu logo PRU14: Pakatan Harapan umum minggu depan
Pada Khamis, PH melancarkan manifesto PRU14 yang menjanjikan 10 perkara, bagi meringankan beban rakyat dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran kerajaan PH.
Jelas Shaiful, PH tidak perlu menggunakan terma '10 janji 100 hari' jika banyak janji yang dikemukakan di Pulau Pinang dan Selangor pun masih gagal mereka laksana buat sekian lama.
"Apa guna menjanjikan rumah mampu milik jika kepimpinan Selangor dan Pulau Pinang sendiri gagal teruk dalam usaha ini?
"Malang buat PH untuk menjanjikan perkara-perkara yang merupakan 'kesilapan polisi zaman Mahathir' seperti ini. Amat menyedihkan apabila seluruh jentera dan pemikir PH menjadi alat membetulkan banyak kesilapan lampau zaman pemimpin utama PH itu.
"Saya tidak terperanjat jika PH akan membuat banyak pembetulan kepada manifesto yang mereka baru rasmikan ini," tegasnya.
Jika tidak kata Shaiful, manifesto itu tidak lebih sekadar janji PH untuk memperbetulkan kesilapan legasi zaman Dr Mahathir.
BACA: 10 janji PH tidak mampu dilaksanakan 100 hari - MPN
BACA: Manifesto PH populis tetapi strategik - Penganalisis
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Manifesto
#Pakatan Harapan
#Pemuda UMNO
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan