TANJONG KARANG: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan agar berhenti mengelirukan rakyat dengan menabur janji pemansuhan bayaran tol dan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi golongan B40.
Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, rakyat sudah bijak membuat penilaian selepas Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan memerintah negara selama 22 bulan sebelum ini.
"Beliau (Anwar) cukup-cukuplah memberi janji tidak serupa bikin dan bercakap kosong.
"Terbukti kerajaan di bawah PH tidak mampu menunaikan janji untuk memansuhkan bayaran tol dan PTPTN," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang pada Isnin.
Seramai 223 penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari Parlimen Tanjong Karang turut menerima sumbangan wang tunai bagi peringkat ijazah dan diploma.
Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi memberitahu, agenda kerajaan ketika ini jelas bagi membantu meringankan beban rakyat.
"Sebagai contoh, PTPTN memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk menyediakan geran khas kepada B40 dan bayaran percuma kepada mahasiswa yang memperoleh keputusan pengajian kelas pertama.
"Ia menunjukkan bahawa kita melaksanakan janji praktikal dan akan sentiasa menyalurkan bantuan atau subsidi kepada rakyat," katanya.
Pada Ahad media melaporkan, Anwar mengenal pasti 36 dasar yang perlu diberi keutamaan dalam usaha mewujudkan Malaysia lebih baik termasuk memansuhkan bayaran tol dan bayaran balik PTPTN khusus untuk golongan B40.
Semua cadangan dasar Anwar itu dimasukkan dalam 'SCRIPT-For a Better Malaysia', buku yang mengetengahkan visi dan kerangka dasar yang menjadi matlamat untuk mentransformasikan Malaysia.
Menerusi buku hasil kerjasama Institut Darul Ehsan (IDE) dan Pusat Dasar Postnormal dan Kajian Masa Depan itu antaranya mencadangkan bayaran tol kepada B40 dimansuhkan dengan menyediakan 'Pas Tol' dan pemansuhan bayaran balik PTPTN kepada golongan itu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 04 2022
NOH: Terbukti kerajaan di bawah PH tidak mampu menunaikan janji untuk memansuhkan bayaran tol dan PTPTN. - Gambar fail Astro AWANI
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Kerajaan guna 'delay tactic' elak PRK di enam Parlimen - Noh
Kerajaan akan menggunakan 'delay tactic' untuk memastikan enam Ahli Parlimen daripada Bersatu yang menyokong Perdana Menteri tidak dilucutkan jawatan bagi memberi laluan kepada PRK.
'Saya belum sertai mana-mana parti politik' - Noh
Tan Sri Noh Omar menegaskan belum menyertai mana-mana parti politik, namun mengaku hanya menyokong Perikatan Nasional (PN).
'Datang tak menambah, pergi tak mengurang' - Noh
Rata-rata rakyat di Tanjong Karang sering mengeluh kerana sukar bertemu dengan Zulkafperi selepas menang dalam PRU15 lalu.
PRN: Satu lawan satu, PN boleh menang di 33 kerusi majoriti Melayu - Noh Omar
Kemenangan di kerusi 'satu lawan satu' bergantung kepada peratusan pengundi Melayu yang keluar mengundi, selain sokongan daripada pengundi bukan Melayu.
PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
Noh Omar sah tak tanding PRN Selangor
Tan Sri Noh Omar, mengesahkan dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Noh buat kejutan hadir majlis Aidilfitri PN
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar membuat kejutan apabila hadir di Majlis Silaturrahmi Aidilfitri ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham.
UMNO Tanjong Karang sedia pertahan kubu kuat, lawan Noh Omar
Katanya, UMNO bukan sahaja bersedia berdepan dengan Noh malah dengan mana-mana parti yang tidak sealiran dengan perjuangan BN.
Noh yang sebenarnya kaki bodek - Isham
Isham Jalil membidas kenyataan bekas pemimpin parti itu, Tan Sri Noh Omar yang mendakwa UMNO kini hanya tinggal kaki bodek, kalah dalam pemilihan ketua bahagian dan cawangan.