awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mas Ermieyati dipilih Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah, Mohd Redzuan tewas

Bernama
Bernama
24/02/2020
02:04 MYT
Mas Ermieyati dipilih Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah, Mohd Redzuan tewas
Mas Ermieyati memperoleh 414 undi menewaskan Mohd Redzuan dengan jumlah sebanyak 328 undi. - Facebook Mas Ermieyati Samsudin
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dipilih sebagai Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Masjid Tanah 2019-2021 pada pemilihan bahagian itu di Kompleks Sukan Masjid Tanah, Alor Gajah dekat sini.
Beliau yang memperoleh 414 undi itu menewaskan penyandang jawatan yang dilantik iaitu Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof,yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dengan jumlah sebanyak 328 undi.
Mohd Redzuan juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu; dan Ahli Parlimen Alor Gajah.
Saingan tiga penjuru jawatan itu menyaksikan Setiausaha bahagian itu, A Lukman Ab Ghani hanya memperoleh 227 undi.
Keputusan itu diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Bersatu Negeri, Shamsir Haron pada awal pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#A Lukman Ab Ghani
#Bersatu
#Bersatu Masjid Tanah
#Majlis Pimpinan Tertinggi
#Mas Ermieyati Samsudin
#Mohd Redzuan Yusof
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#pemilihan parti
#penyandang
#saingan tiga penjuru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan