Naib Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan masyarakat Muar untuk tidak terpengaruh dengan pihak yang cuba mengeksploitasi kawasan mereka terutamanya calon yang disifatkan sebagai 'anak kucing' dan 'setahun jagung'.
Hishammuddin berkata, BN mempunyai sejarah dan rekod pencapaian dalam perjuangan yang ikhlas dan jujur berbanding pihak pembangkang yang tidak tahu hujung pangkal, lebih lebih lagi isu melibatkan rakyat setempat.
Merujuk kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan calon PKR Parlimen Muar itu, beliau berkata BN tidak perlu takut dengan calon yang disifatkan sebagai 'anak kucing' itu yang terang-terang tidak mengerti tentang isu-isu yang dihadapi rakyat.
"Apa kita nak takut sangat? (Dia) Bukan singa merah, (tapi) anak kucing merah... yang depan ni semua harimau-harimau biru.
"Anak kucing ini tak tahu isu luar, anak kucing ini tak pernah turun keluar, anak kucing ini tak tahu isu yang perlu dibela di sini... dia tak boleh pengaruhi orang dewasa dekat tempat ni. Kacang saja," kata Hishammuddin kepada pemberita selepas Program Jalinan Kasih bersama kira-kira 1,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Muar (APM) dan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) di Bangunan UMNO Bahagian Muar hari ini.
Hadir sama pada program itu ialah Pengerusi BN Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim yang juga calon P.146 Muar, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani (N.15) Datuk Ashari Md Sarip dan calon BN bagi DUN Sungai Balang (N.16), Zaiton Ismail.
Hishammuddin berkata, Muar merupakan kubu kuat BN dan jentera BN Muar perlu memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini dan meminta ahli agar jangan sekali-kali melepaskan 'lubuk emas' ini kepada pembangkang.
Beliau juga berharap, baki beberapa hari lagi ini akan dimanfaatkan oleh pengundi untuk menilai semula kemampuan barisan calon sebagai penentu dan masa depan di kawasan mereka.
Mengulas lanjut, katanya Muar juga bukan 'test place' atau tempat ujian untuk mana-mana pihak yang cuba untuk mencuba nasib.
Kerusi Parlimen Muar dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Razali yang merupakan penyandang kerusi berkenaan, syed saddiq (PKR) dan Abdul Aziz Talib (Pas).
Isu peluang pekerjaan
Sementara itu, Syed Saddiq dalam responsnya terhadap kenyataan Hishammuddin, berkata masyarakat Muar pada hakikatnya sudah muak dengan keadaan di situ dan kini mereka dahagakan perubahan.
"Rakyat Muar sudah tidak mahu untuk tinggal di Muar kerana isu peluang pekerjaan yang tidak berjaya dijawab oleh BN. Muar digelar 'bandar pencen”' dan tidak ada daya tarikan kepada orang muda.
"Malah, orang Muar sering kali pergi ke Batu Pahat ataupun Melaka kerana kekurangan kemudahan yang ada di Muar," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Katanya lagi, keadaan di Muar juga tidak mencerminkan status sebagai bandar terpenting di utara Johor.
"Gelarlah saya 'anak kucing' atau apa pun tetapi ia tidak menafikan bahawa orang Muar sendiri mengatakan Muar jauh terkebelakang daripada daerah-daerah Johor yang lain," tambahnya.
Astro Awani
Mon Apr 30 2018
![Masyarakat Muar tidak perlu terpengaruh dengan 'anak kucing' - Hishammuddin Masyarakat Muar tidak perlu terpengaruh dengan 'anak kucing' - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51525081129_BNSembrong.jpg)
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga calon Barisan Nasional Parlimen Sembrong beramah mesra dengan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebaik tiba pada Program Jalinan Kasih di Bangunan UMNO Bahagian Muar hari ini. - BERNAMA
![Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722059187_MuhammadAlifMonjan.jpg)
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
![Dakwaan lebih 10 ekor kucing mati akibat direndam air panas tidak tepat - Polis Dakwaan lebih 10 ekor kucing mati akibat direndam air panas tidak tepat - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701422549_TBKucingjpg.jpg)
Dakwaan lebih 10 ekor kucing mati akibat direndam air panas tidak tepat - Polis
Dakwaan punca kematian lebih 10 ekor kucing di Pasar Borong Jerantut, dekat sini akibat direndam dengan air panas, tidak tepat.
![Klip video anak kucing masuk botol ditonton 49 juta kali Klip video anak kucing masuk botol ditonton 49 juta kali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692841756_anakkucing.jpg)
Klip video anak kucing masuk botol ditonton 49 juta kali
Anak kucing itu dilihat merangkak masuk dari mulut botol dan kemudian membuat pusingan 'U' dan keluar semula dengan menggunakan kaedah sama.
![Siapa kata kerja menyelamat haiwan tugas mudah? Siapa kata kerja menyelamat haiwan tugas mudah?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81597533517_HopeForPaws.jpg)
Siapa kata kerja menyelamat haiwan tugas mudah?
Tugas menyelamat haiwan merupakan satu tugasan yang berisiko.
![Polis Pahang siasat dakwaan anak kucing dibakar Polis Pahang siasat dakwaan anak kucing dibakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81591435233_TiadaMajlisPerka.jpg)
Polis Pahang siasat dakwaan anak kucing dibakar
Persatuan Haiwan Malaysia berkata kejadian dipercayai berlaku di Pahang dan menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mereka yang mempunyai maklumat.
![Polis siasat wanita pijak anak kucing sampai mati Polis siasat wanita pijak anak kucing sampai mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81588905644_Kucing.jpg)
Polis siasat wanita pijak anak kucing sampai mati
Rakaman video berdurasi tiga minit itu memaparkan tiga wanita bergilir memijak anak kucing sehingga mati.
![Kanak-kanak terperangkap atas bumbung, cuba selamatkan anak kucing Kanak-kanak terperangkap atas bumbung, cuba selamatkan anak kucing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61571460967_TBTerperangkapBumbu.jpg)
Kanak-kanak terperangkap atas bumbung, cuba selamatkan anak kucing
Mangsa yang juga kanak-kanak etnik Rohingya dipercayai melihat anak kucing terperangkap di atas bumbung bangunan berkenaan sebelum memanjat.
![Sorok empat anak kucing dalam seluar, namun gagal perdaya Imigresen Sorok empat anak kucing dalam seluar, namun gagal perdaya Imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71546683889_kittens.jpg)
Sorok empat anak kucing dalam seluar, namun gagal perdaya Imigresen
Lelaki berusia 45 tahun itu berada dalam sebuah kereta dengan nombor pendaftaran Singapura di Tuas Checkpoint.
![Masyarakat Muar tidak perlu terpengaruh dengan 'anak kucing' - Hishammuddin Masyarakat Muar tidak perlu terpengaruh dengan 'anak kucing' - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51525081129_BNSembrong.jpg)
Masyarakat Muar tidak perlu terpengaruh dengan 'anak kucing' - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan masyarakat Muar untuk tidak terpengaruh calon yang disifatkan sebagai 'anak kucing' dan 'setahun jagung'.
![Berang cinta ditolak, lelaki hempas anak kucing hingga mati Berang cinta ditolak, lelaki hempas anak kucing hingga mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81521704855_ChinaManSlams.jpg)
Berang cinta ditolak, lelaki hempas anak kucing hingga mati
Kerana berang akibat cinta ditolak, seorang lelaki di China telah berkali-kali menghempas seekor anak kucing berusia dua bulan sehingga mati.