awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maximus ketua parti politik terakhir menghadap YDP Agong hari ini

Astro Awani
Astro Awani
11/06/2021
07:28 MYT
Maximus ketua parti politik terakhir menghadap YDP Agong hari ini
Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili menjadi ketua parti politik yang ketiga dan terakhir diperkenan masuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili menjadi ketua parti politik yang ketiga dan terakhir diperkenan masuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.
Terdahulu kenderaan yang Ahli Parlimen Kota Marudu itu naiki, dilihat memasuki Pintu Dua, Istana Negara kira-kira 2.16 petang tadi.
Difahamkan Ongkili, yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) itu, akan membawa pandangan mengenai Proklamasi Darurat serta isu-isu berkaitan.
Terdahulu sesi pertemuan antara Tuanku yang memasuki hari ketiga hari ini, dimulakan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada pukul 9.55 pagi, dan pertemuan berakhir kira-kira sejam kemudian.
Ia kemudian disusuli oleh Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran yang dilihat memasuki perkarangan Istana Negara kira-kira 10.50 pagi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Wakil PBS dijadual menghadap Agong petang ini
Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak selaku Presiden GPS Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg akan mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dijangka akan menghadap Al-Sultan Abdullah pada Isnin secara dalam talian bersama pemimpin lain dari pejabatnya di Kuching, Sarawak.
Abang Johari dalam satu kenyataan pada Rabu mengesahkan Al-Sultan Abdullah telah memberi perkenan.
Topic Berkaitan
#Maximus Ongkili
#menghadap Al-Sultan Abdullah
#Zahid Hamidi
#Istana Negara
#COVID-19
#Abang Johari Abang Open
#Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan