KUALA LUMPUR:Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris menyelar sikap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang memberikan perumpamaan 'minum todi' ekoran bantahan yang dibuat oleh MIC dan DAP terhadap isu perobohan kuil Hindu pada 1 Dis lalu.
Wan Muhammad Azri yang lebih dikenali sebagai Papa Gomo berkata, kenyataan yang dibuat Muhammad Sanusi itu sesuatu yang biadap dan tidak beretika sama sekali.
Katanya, kenyataan menteri besar Kedah itu telah melemparkan satu persepsi tidak baik terhadap satu-satu kaum.
"YAB Menteri Besar Kedah patut malu dengan kenyataan yang dibuat kerana ini bukan sahaja mengambarkan sikap angkuh kerajaan negeri malah mengambarkan seorang pemimpin Melayu Islam yang begitu celupar mulut," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Wan Muhammad Azri turut berharap, Muhammad Sanusi dapat membuat permohonan maaf kepada seluruh masyarakat India berikutan kenyataan berkenaan.
"Akhir kata, saya harap kita rakyat Malaysia berbilang bangsa dapat bertoleransi antara satu sama lain dalam apa isu sekali pun," katanya.
Dalam kenyataannya itu, Wan Muhammad Azri turut menyenaraikan kebaikan dari tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah itu dalam isu perobohan kuil.
Katanya, beliau menyokong tindakan meroboh kuil yang dibina di atas tanah yang dimiliki kerajaan negeri dan menganggap isu ini berlaku di semua negeri.
Namun katanya, ada pihak yang mengambil kesempatan di atas keterbukaan kerajaan sebelum ini dengan sengaja membina rumah ibadat biarpun tahu tanah yang digunakan itu tidak diwartakan untuk pembinaan rumah ibadat mana-mana agama.
"Memang sewajarnya tindakan tegas diambil kepada semua rumah ibadat haram agar di masa depan tidak menimbulkan konflik yang akhirnya menjerumus kepada perbalahan perkauman dan agama seperti mana yang berlaku di negeri Selangor tahun 2018 di Kuil Sri Maha Mariamman," katanya.
Pada 1 Disember lalu, Majlis Bandaraya Alor Setar merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar yang dipercayai berusia lebih 50 tahun di Taman Bersatu, Kuala Kedah.
Alasan yang diberikan ialah tanah yang dimiliki kerajaan negeri itu mahu dibangunkan.
Selain kuil itu, sebuah dewan silat dan lima kawasan parkir turut dirobohkan untuk dibina gelanggang futsal.
Astro Awani
Sat Dec 05 2020

Wan Muhammad Azri turut menyenaraikan kebaikan dari tindakan yang dibuat oleh menteri besar Kedah itu dalam isu perobohan kuil.- Gambar fail

COVID-19 | Tiada bukti penularan kes di New Zealand
Tiada sebarang bukti penularan COVID-19 susulan kes komuniti pertama yang dikesan pada Sabtu lalu selepas dua bulan tidak merekodkan sebarang kes positif.

PdPR | Program TV pendidikan mulai 27 Januari
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan slot program TV pendidikan akan disiarkan dalam program DidikTV@NTV7 mulai 27 Januari ini, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, ia sebagai usaha berterusan untuk menambah baik pendekatan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

10 Berita Pilihan - (26 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PdPR | Beri peluang pelajar, guru biasakan keadaan
Sehubungan itu, Pensyarah Kanan Kurikulum dan Pengajaran Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Fazilah Razali meminta agar semua pihak untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar serta guru membiasakan pendekatan tersebut.

Vaksin | Kerajaan akan peroleh vaksin buatan China, Rusia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menandatangani dokumen Terms Sheet dengan dua syarikat pembekal vaksin untuk perolehan sebanyak 18.4 juta dos vaksin. Perolehan melibatkan Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. (PLS) dan Duopharma (M) Sdn. Bhd. itu akan meliputi 28.75 peratus dari populasi rakyat Malaysia.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (26 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (26 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/38631776961611677641288/1887331_8967789641611677752459_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (26 Januari 2021)

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hadid lantik Tan Sri Apandi Ali sebagai pengerusi baharu
Hadid yakin kehadiran Tan Sri Apandi akan meningkatkan prestasi perniagaan, dalam dan luar negara.

32 kakitangan Hospital Melaka disah positif COVID-19
Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan.

Cadangan tubuhkan gagasan besar PN, BN dan GPS tidak perlu diulang - Exco Pemuda UMNO
Ini kerana jelasnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin itu sudahpun wujud dan kerajaan yang ditubuhkan hari ini adalah kerana kesepakatan yang dilakukan antara pemimpin parti.

MB Kedah nafi hina kaum India, 'mabuk todi' hanya kiasan
Kata Sanusi, banyak pihak cuba menuduhnya menyatakan sesuatu yang tidak pernah dikatakannya selain sengaja memutar belit kenyataan beliau berkaitan isu berkenaan.

MB Kedah perlu mohon maaf atas kenyataan berunsur perkauman - Exco Pemuda UMNO
Wan Muhammad Azri yang lebih dikenali sebagai Papa Gomo berkata, kenyataan yang dibuat Sanusi itu sesuatu yang biadap dan tidak beretika sama sekali.

COVID-19: Pemimpin UMNO dan Pas bantah keputusan benarkan syarikat arak beroperasi
Menurut Annuar keputusan membenarkan keputusan tersebut adalah tidak selari dengan keputusan yang telah diputuskan kerajaan.

Polis siasat dakwaan Papagomo diserang di KKIA
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, polis memandang serius insiden itu dan akan memanggil pihak yang terlibat dalam masa terdekat.

Papagomo cuba diserang sekumpulan lelaki di KKIA
Perkarangan balai berlepas KKIA kecoh seketika dengan insiden Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris cuba diserang oleh sekumpulan lelaki.

Papagomo mengaku tidak bersalah tuduhan cederakan, aibkan Syed Saddiq
Mengikut pertuduhan pertama, Wan Muhammad Azri selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa mengaibkan kehormatan Syed Saddiq dengan menyebut "ko bodoh" bagi maksud mengganggu kesantunannya.

Papagomo didakwa di mahkamah hari ini
Lelaki berusia 36 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan kehormatan, dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Isu 'cekak leher': Syed Saddiq enggan tarik balik laporan polis
"Tidak (untuk menarik balik laporan polis), kita kena berani kerana benar."

Papagomo akan buat laporan balas terhadap Syed Saddiq
Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo mendakwa Syed Saddiq telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Sungai Way, pada Sabtu.