awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
01/03/2025
10:43 MYT
MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN
Wee Ka Siong berkata, gerakan untuk menanam kebencian terhadap MCA dan usaha menghapuskan parti itu bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya sudah kedengaran sejak 2018. - Foto Nasruddin Samad
KUALA LUMPUR: MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada Barisan Nasional (BN), sekali gus menyingkirkan parti itu daripada gabungan Kerajaan Perpaduan.
Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, gerakan untuk menanam kebencian terhadap MCA dan usaha menghapuskan parti itu bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya sudah kedengaran sejak 2018.
Beliau mendakwa gerakan tersebut cuba menghasut masyarakat Cina dengan menonjolkan MCA sebagai parti yang gagal, bertujuan memastikan hanya satu parti mendominasi sokongan pengundi Cina.
Dengan cara itu menurutnya, masyarakat Cina tidak akan mempunyai pilihan lain, meskipun pihak 'berkenaan' gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dan hanya pandai menabur janji.
"Pengaruh MCA kini berada pada tahap lemah dengan hanya menguasai dua kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Dengan kedudukan ini, jelas bahawa MCA bukanlah ancaman kepada mana-mana pihak," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun MCA ke-76 di Wisma MCA, di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Ka Siong menegaskan pendirian parti untuk bertanding dalam semua Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Katanya, memenangi pilihan raya adalah satu-satunya cara untuk memulihkan MCA.
Justeru beliau memberitahu, parti komponen BN itu menyasarkan untuk mendapatkan lebih banyak kerusi berbanding sebelum ini.
Menurutnya, sekiranya MCA gagal memenangi kerusi selama lima tahun berturut-turut, parti itu akan beransur-ansur hilang daripada radar masyarakat dan hilang keupayaan untuk melaksanakan cita-citanya.
"Mulai 2025, kita akan menghadapi beberapa siri pilihan raya dalam tempoh dua tahun akan datang, dengan PRN Sabah, diikuti pilihan PRN Melaka dan Johor, dan akhirnya membawa kepada PRU-16 akan datang.
"Mulai saat ini, keutamaan MCA adalah bersiap sedia untuk PRN dan PRU akan datang. Kita mesti menumpukan pada kemenangan, bukan pada pemilihan dalaman parti, pemilihan parti cawangan, bahagian, negeri atau pusat," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#Barisan Nasional
#Cina
#Wee Ka Siong
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan