awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA tidak akan keluar BN, kata KJ

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
23/10/2018
10:12 MYT
MCA tidak akan keluar BN, kata KJ
KHAIRY: Saya dah bincang dengan Wee yang merupakan calon yang saya rasa berkemungkinan besar dia menang. - Gambar fail/BERNAMA
MCA tidak akan keluar daripada Barisan Nasional (BN), kata bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, beliau sudah merujuk perkara berkenaan dengan calon presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.
“Saya tidak akan komen mengenai Tan Sri Dr Chua Soi Lek sebab dia pun bukan bertanding jawatan presiden.
“Bagi saya, saya dah rujuk kepada Wee Ka Siong, beliau cakap dia (MCA) akan bersama dengan BN,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai kenyataan Chua yang mahu membawa MCA keluar daripada BN jika menjadi presiden parti itu.
BACA: 'MCA nak keluar BN, kami ucap terima kasih' - KJ
Khairy berkata berliau yakin Wee akan menang sebagai presiden dalam pemilihan MCA dan seterusnya akan bersama UMNO dan parti perikatan lain dalam memulihkan dan menguatkan kembali BN.
“Saya dah bincang dengan Wee yang merupakan calon yang saya rasa berkemungkinan besar dia menang.
“Yang mana kelemahan dalam BN sama ada UMNO, MCA dan sebagainya kita akan berdepan bersama tapi janganlah cakap nak tinggalkan BN dan sebagainya,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Rembau
#Barisan Nasional
#bekas ketua pemuda
#BN
#calon presiden MCA
#Chua Soi Lek
#Khairy Jamaluddin
#MCA
#UMNO
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan