AYER KEROH: Angin politik di Melaka kini mula bertiup kencang selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan dikatakan akan melompat ke Pakatan Harapan (PH).
Senario itu sekali gus bakal menyaksikan Melaka yang sebelum ini pernah dipimpin PH selepas Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) lalu akan kembali bertukar tangan.
Antara yang disebut termasuk ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang dikatakan akan ‘berpatah balik’ menyokong kepimpinan PH.
Norhizam ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat, bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.
“Setakat 4.35 petang ini tidak ada apa-apa pun yang bergoyang, semuanya masih berjalan seperti biasa.
“Ada yang kata saya nak masuk sana sini, apa punya cakap itu? Semua boleh cakap. Biarlah orang bercakap, terpulanglah mulut masing-masing.
“Semua nampak saya dah bergaduh dalam sidang DUN baru-baru ini, takkan saya nak bergaduh lagi ? Saya selalu turun padang, mungkin mereka sakit hati nampak saya buat kerja dengan tenang sekarang ni,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI petang Jumaat.
Terdahulu, media melaporkan, spekulasi kini bertiup kencang mendakwa, Kerajaan Negeri Melaka yang diterajui UMNO bakal tumbang pada bila-bila masa.
Ini berikutan empat ADUN kerajaan dikatakan akan melompat ke Pakatan Harapan (PH) dan
difahamkan, keempat-empat ADUN berkenaan sudah menandatangani Akuan Bersumpah (SD).
Bekas ketua menteri Melaka dan ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dikatakan merupakan antara yang menyokong kerjasama dengan pembangkang.
Pemimpin lain yang disebut dalam laporan itu termasuk ADUN Pantai Kundor, Nor Azman Hassan, ADUN Telok Mas dari Bersatu, Noor Effendi Ahmad.
Sementara itu menurut sumber, terdapat usaha lebih daripada empat wakil rakyat untuk menghadap Yang Di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
Khabar angin itu turut bertiup kencang mendakwa, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memohon untuk menghadap Mohd Ali pada petang ini, namun permohonan itu ditolak.
Untuk rekod Kerajaan Melaka dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dari UMNO selepas PN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada pakatan (ph) yang tumbang Mac tahun lalu.
Kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Oct 01 2021
Terdahulu, media melaporkan, spekulasi kini bertiup kencang mendakwa, Kerajaan Negeri Melaka yang diterajui UMNO bakal tumbang pada bila-bila masa. - Gambar FB
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
ADUN Melaka naik gaji bermula Januari 2024
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka akan menikmati kadar saraan baharu bermula Januari tahun depan.
DAP jangan sekongkol dengan empat ADUN atau sokong jadi KM - MP Kota Melaka
DAP tidak harus bersekongkol dengan empat ADUN tersebut atau lebih teruk lagi menyokong salah seorang daripada mereka untuk menjadi calon ketua menteri.
Kerajaan Melaka tumbang: Hubungan saya dengan mereka amat baik - Sulaiman
Tiga daripada mereka yang juga ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) juga tidak pernah menyuarakan sebarang bantahan atau provokasi pada setiap sesi mesyuarat.
Melaka bakal bertukar tangan?
Angin politik di Melaka kini mula bertiup kencang selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan dikatakan akan melompat ke Pakatan Harapan (PH).
ADUN Melaka positif COVID-19, semua program rasmi ditangguh
Kerajaan Negeri Melaka menangguhkan semua program rasmi membabitkan pemimpin-pemimpin kanan negeri, selepas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu disahkan positif COVID-19.