awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob

Bernama
Bernama
12/08/2023
16:37 MYT
Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.
Ahmad yang memegang jawatan itu sebelum ini berkata ia susulan Pas berjaya membentuk kerajaan negeri, selepas menang 43 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
"Insya-Allah kita akan berbincang malam ini (12 Ogos), selepas dapat semua keputusan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Kita jangka angkat sumpah Menteri Besar Kelantan pada 15 Ogos ini, namun ia bergantung kepada keadaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan PRN di Pejabat Penerangan Pas negeri, di sini hari ini.
Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kerajaan Kelantan yang ditadbir Pas, dijangka memiliki gabungan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar yang baharu, selepas PRN ini.
Keputusan PRN menyaksikan Pas menang 38 kerusi, manakala rakan gabungannya iaitu Bersatu meraih lima kerusi.
Dua lagi kerusi iaitu DUN Galas dimenangi Barisan Nasional (BN), manakala Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi DUN Kota Lama yang sebelum ini disandang oleh Pas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menteri besar kelantan
#MB Kelantan baharu
#angkat sumpah
#Ogos
#Ahmad Yakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan