awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri, timbalan menteri amal sentimen politik tebal - Sanusi

Sinar Harian
Sinar Harian
02/09/2024
09:44 MYT
Menteri, timbalan menteri amal sentimen politik tebal - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui isu berkenaan terlalu menebal hingga menyukarkan kerjasama yang hendak dibuat. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KAJANG: Kementerian di peringkat Persekutuan yang dipimpin oleh Menteri dan Timbalan Menteri didakwa masih tebal sentimen politiknya.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui isu berkenaan terlalu menebal hingga menyukarkan kerjasama yang hendak dibuat.
“Dalam kalangan pegawai KSU (Ketua Setiausaha Kementerian) ke bawah, Alhamdulillah sangat memberangsangkan terbuka.
“Kita menghormati pilihan yang telah dibuat tapi di peringkat menteri, timbalan menteri sikap mereka masih tebal sentimen politik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Kerajaan 4 Negeri (SG4) di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi pada Isnin.
Muhammad Sanusi berkata, kebanyakan kerjasama yang dijalinkan dengan kita hanyalah untuk bermain politik.
“Mereka jadikan isu kerjasama ini sebagai modal untuk mencemuh kita di hadapan media massa.
“Ini adalah satu amalan saya rasa tidak baik dan kita tak berhasrat untuk lakukan perkara yang sama," katanya.
Tambahnya, kerjasama yang kita tawarkan kepada rakan-rakan di Kerajaan Persekutuan adalah kerjasama penuh ikhlas tanpa syarat. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#amal sentimen politik tebal
#Muhammad Sanusi Md Nor
#menteri dan timbalan menteri
#Sidang Kemuncak Kerajaan 4 Negeri
#SG4
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan