awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menu Rahmah: Ahli Parlimen Kapar bergurindam mohon maaf

Bernama
Bernama
27/02/2023
06:29 MYT
Menu Rahmah: Ahli Parlimen Kapar bergurindam mohon maaf
Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu mencuri tumpuan apabila menyampaikan pernyataan maaf dalam bentuk gurindam sebelum sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 bermula.- Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali hari ini memohon maaf berikutan kenyataan beliau berhubung Menu Rahmah di Dewan Rakyat sebelum ini mengelirukan dan disalah erti.
Beliau yang juga Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional mencuri tumpuan apabila menyampaikan pernyataan maaf dalam bentuk gurindam sebelum sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 bermula.
"Kalau ada jarum peniti, jangan disimpan di dalam peti, andai ada ucapan disalah erti, saya menyusun 10 jari, niat di hati suara rakyat saya juarai, semak imbang kerajaan MADANI, biar integriti, bukankah itu peranan hakiki.
"Selaku wakil rakyat, suara rakyat yang diwakili, sudi kiranya rujuk penyata rasmi muka surat 134 hingga 137 pada 14 Februari," katanya.
Gurindam YB Kapar susulan mengaitkan Menu Rahmah dengan autisme
Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) sebelum ini membangkitkan isu berkenaan mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (12), susulan kenyataan yang dibuat Halimah pada 14 Feb lepas ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang mengaitkan Menu Rahmah dengan beberapa penyakit terutamanya kanser, autoimmune (diseases) dan autisme.
Dr Kelvin berkata kenyataan tersebut tidak benar, tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja tidak berdasarkan fakta dan sains, tetapi mungkin mengakibatkan salah faham atau stigma kepada komuniti autisme dan golongan orang kurang upaya.
Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata pernyataan yang dibacakan Dr Halimah berkenaan telah dipersetujui antara beliau dengan Dr Halimah dan menganggap kes berkenaan selesai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menu Rahmah
#Ah i Parlimen Kapar
#sebabkan kanser
#Dr Halimah Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan