awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia tarik diri sebagai tuan rumah Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF 2026
Kementerian Perpaduan salur RM600,000 kepada 120 KRT perkukuh Program Satelit Komuniti MADANI
Ukraine sasar integrasi penuh dalam pasaran tenaga Eropah pada 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Khas SPR 16 Disember, bincang tarikh PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
09/12/2025
07:22 MYT
Mesyuarat Khas SPR 16 Disember, bincang tarikh PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag
Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, antaranya bagi menentukan Hari Penamaan Calon dan Hari Pengundian. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu Mesyuarat Khas pada 16 Disember depan bagi membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Ringkasan AI
  • SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 16 Disember untuk bincang tarikh penting PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.
  • Kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag berlaku susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
  • Mesyuarat Khas akan menetapkan Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, dan persiapan lain bagi pilihan raya tersebut yang dijangka berlangsung.

Setiausahanya, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berhubung kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Kinabatangan pada 8 Disember lalu susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Selain itu, Khairul dalam kenyataan menambah pemakluman rasmi turut diterima oleh Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya pada 9 Disember berhubung kekosongan luar jangka bagi DUN Lamag.
"Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah yang memperuntukkan bahawa kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag, Sabah, hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan yang dipastikan oleh SPR," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Jelas Khairul, Mesyuarat Khas tersebut yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, antaranya bagi menentukan Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, serta persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.
Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 1.46 pagi, Jumaat.
Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Lamag dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 yang diadakan pada 29 November.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#PRK Parlimen Kinabatangan
#PRN Sabah 2025
#DUN Lamag
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan