POLITICS
Mesyuarat khas SPR bagi urusan PRK DUN Ayer Kuning pada 7 Mac

Ikmalrudin berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN berkenaan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak pada 7 Mac ini.
Ringkasan AI
- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 7 Mac untuk urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning, Perak, susulan kekosongan kerusi akibat kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin.
- Kekosongan luar jangka kerusi DUN Ayer Kuning perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan disahkan oleh SPR, seperti yang diperuntukkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak.
- Ishsam Shahruddin, penyandang kerusi DUN Ayer Kuning dan Ketua UMNO Bahagian Tapah, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari selepas menyertai kejohanan bola sepak.
Beliau berkata satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu.
Ishsam, 59, meninggal dunia disebabkan serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang pada Sabtu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Nov 2022, Allahyarham yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah memenangi DUN berkenaan dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami