awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Majlis Presiden PH: Status pembubaran tiga negeri diketahui hari ini?

Fareez Azman
Fareez Azman
15/10/2022
02:45 MYT
Mesyuarat Majlis Presiden PH: Status pembubaran tiga negeri diketahui hari ini?
Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Datuk Mohd Hatta Ramli ketika tiba di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu. - Astro AWANI
PETALING JAYA : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengadakan mesyuarat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu.
Mesyuarat itu dijangka membincangkan mengenai persiapan PH dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), serta keputusan tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor di bawah pentadbiran PH sama ada akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau sebaliknya.
Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tiba di ibu pejabat PKR kira-kira jam 10.12 pagi tadi.
Turut dilihat hadir Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil serta beberapa barisan kepimpinan PH.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada sidang media akan dijalankan atau tidak selepas mesyuarat itu selesai.
Astro AWANI akan membawakan perkembangan terkini dari semasa ke semasa mengenai mesyuarat ini.
Topic Berkaitan
#majlis presiden PH
#Anwar Ibrahim
#pembubaran DUN
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan