awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Tergempar UMNO: Hanya perjumpaan biasa - Tok Mat

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/08/2022
01:10 MYT
Mesyuarat Tergempar UMNO: Hanya perjumpaan biasa - Tok Mat
Mohamad merasmikan majlis prapelancaran jentera Barisan Nasional PRU15 Negeri Perak di Casuarina @ Meru, Ipoh, malam tadi. - Foto Astro AWANI
IPOH: Perjumpaan Ketua Bahagian UMNO di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pada Isnin, yang disifatkan sebagai satu mesyuarat tergempar, hanya merupakan perjumpaan biasa.
Demikian dijelaskan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai agenda yang dibincangkan pada mesyuarat itu.
"UMNO ni, kita tak boleh berjumpa. Apabila berjumpa, orang buat spekulasi macam-macam. Tak boleh pula kami duduk bersama-sama, orang cemburu hati dengan kita. Apa sebab ya?
"Bukankah parti lain pun berkumpul juga hari-hari? Tak ada pun yang bertanya. Apabila UMNO berkumpul, adalah yang kata itulah, inilah," kata Mohamad yang mesra dikenali sebagai Tok Mat.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), ditemui selepas majlis prapelancaran jentera BN PRU15 Negeri Perak di Casuarina @ Meru, di sini, malam tadi.
Terdahulu, media melaporkan perjumpaan itu yang diadakan di Menara Dato' Onn, bermula jam 11 pagi, dipercayai menjurus kepada perbincangan mengenai soal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Mesyuarat Tergempar: Pertemuan pemimpin utama UMNO di Seri Perdana berakhir selepas sejam
Mengenai pertemuan beberapa pimpinan utama UMNO di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada malam tadi pula, Mohamad yang juga Pengarah PRU15 BN berkata, beliau memberi taklimat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai lawatannya ke negeri-negeri.
Menurutnya, taklimat itu diberikan setiap minggu selepas beliau mengadakan lawatan tersebut.
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#mesyuarat tergempar UMNO
#ketua bahagian umno
#perjumpaan biasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan