POLITICS
Mesyuarat tertutup pimpinan tertinggi GPS di Kuala Lumpur pada Ahad

Tan Sri Dr James Jemut Masing memberitahu, kesemua mereka termasuk 18 Ahli Parlimen GPS dipanggil bagi menyatakan kesepakatan mereka dalam memilih Perdana Menteri baharu. - Bernama
Pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengadakan mesyuarat tertutup pada Ahad di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing kesemua mereka termasuk 18 Ahli Parlimen GPS dipanggil bagi menyatakan kesepakatan mereka dalam memilih Perdana Menteri baharu.
“Semua pemimpin tertinggi GPS akan berada di Kuala Lumpur pada 1 Mac ini sebelum Ahli Parlimen kami menyuarakan siapa yang kami pilih untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Ia selaras dengan kenyataan daripada Istana Negara yang akan berhubung dengan ketua-ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat, bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan pencalonan nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami