awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan

Bernama
Bernama
07/06/2023
20:20 MYT
Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan bimbang dengan trend ahli politik mahupun pemimpin NGO yang menabur kenyataan retorik sehingga mengancam perpaduan kaum serta menimbulkan kegelisahan rakyat. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bimbang dengan trend ahli politik mahupun pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) yang menabur kenyataan retorik sehingga mengancam perpaduan kaum serta menimbulkan kegelisahan rakyat.
Katanya, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam malah mengheret institusi Raja dalam kancah politik dengan nada yang tiada susila.
"Tindakan mempersendakan Islam dan institusi utama negara ini juga semakin kuat kedengaran. Ini semua tidak sepatutnya berlaku. Malaysia kurun ke-21 seharusnya menjadi lebih baik, lebih bermutu dan lebih berperlembagaan," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO secara serentak di sini pada Rabu.
Justeru, beliau menyeru generasi muda dalam UMNO dan Malaysia keseluruhannya menjadi benteng pertahanan terpenting kepada Perlembagaan Persekutuan dan mengembalikan semula negara ke jalan sederhana dan progresif.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau mahukan supaya generasi muda bangkit bersama memperteguh nilai Perlembagaan dalam kehidupan seharian kerana nilai itu telah mewarnai Malaysia yang aman damai selama ini.
"Bagi saya, saudara saudari sekalian adalah generasi yang mesti menjadi pengawas paling penting, untuk mengawasi segala ketidakpatuhan kepada Perlembagaan.
"Saya adalah generasi yang membesar dalam masyarakat Malaysia yang benar-benar muhibah dan saya sangat merindui saat dan momen negara ini menjadi refleksi sebuah watan yang 'multicultural', harmoni dan sangat bersatu padu, bersandarkan Perlembagaan yang adil," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#politik retorik
#Timbalan Presiden UMNO
#NGO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan