Kedudukan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, mesyuarat itu akan diadakan dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, katanya, Bersatu perlu mengadakan Persidangan Agung Luar Biasa bagi membincangkan beberapa perkara yang berkaitan.
"Persidangan Agung Luar Biasa untuk pinda perlembagaan (akan diadakan) untuk memastikan kita dapat menarik pemimpin-pemimpin termasuk yang bukan Melayu dan juga bukan Bumiputera untuk turut sama dalam perjuangan parti Bersatu. Saya kira amat sesuai jika diadakan bersekali dengan Persidangan Agung yang akan diadakan tak berapa lama lagi," ujar beliau.
Ahmad Faizal bercakap pada sidang media di Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim selepas program sembang santai sahabat berjaya anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia.
Beliau ditanya kemungkinan untuk melantik Azmin sebagai salah seorang Naib Presiden Lantikan selepas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mengumumkan menyertai Bersatu.
Pada Sabtu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Perhimpunan Agung Tahunan parti itu yang dijadualkan pada 26 Ssptrmber akan ditangguhkan berikutan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang jatuh pada tarikh tersebut.
Menurutnya, beliau akan menulis surat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa terdekat untuk memaklumkan penangguhan itu.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Aug 23 2020

AHMAD FAIZAL: Saya kira amat sesuai jika diadakan bersekali dengan Persidangan Agung yang akan diadakan tak berapa lama lagi. - Bernama

COVID-19: Kes positif hampir 116 juta, kematian lebih 2.5 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 115.9 juta.

Malaysia dipilih terajui kumpulan Metrologi Perundangan Asia Pasifik
Pelantikan baharu ini akan menjadikan Malaysia sebagai negara membangun pertama dan dari rantau ASEAN yang diberi mandat, antara lain, untuk menguruskan sekretariat.

Perkhemahan lima sahabat bertukar tragedi apabila 2 lemas di Sungai Dungun
Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Subree Ahmad Tajuddin, 38, dan Ariff Razali, 34.

Bekalan elektrik di semua pusat simpanan dan pemberian vaksin stabil - TNB
TNB bersama pihak hospital dan klinik kesihatan juga telah memastikan set jana kuasa di pusat-pusat perubatan terlibat berfungsi dan bersedia untuk beroperasi sekiranya diperlukan.

Permulaan yang baik untuk JDT - Mora
Mora optimistik JDT berada pada landasan yang tepat untuk kembali kepada prestasi terbaik mereka, walaupun berhadapan dengan pramusim yang pendek.

KPM fokus jayakan gelombang akhir PPPM - Radzi Jidin
Radzi berkata hal ini selaras dengan keprihatinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap sistem pendidikan negara.

TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi
Keputusan dibuat memandangkan situasi tidak terjangka pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini boleh mempengaruhi sebarang keputusan KPM.

Lebih ramai petugas barisan hadapan dapat vaksin COVID-19 di PKRC MAEPS
PKRC Bersepadu 2.0 MAEPS merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang utama di kawasan Lembah Klang.

COVID-19: Singapura lepasi 60,000 kes
Dalam data awal yang dikeluarkan di sini, Kementerian Kesihatan republik itu berkata tiada kes baharu dalam kalangan komuniti tempatan.

Piala Sumbangsih 2021 | JDT pertahan kejuaraan empat tahun berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul pemenang Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2021 selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC, 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.

Amalkan konsep 'semak dan imbang' bila Parlimen bersidang, bukan 'semak dan samun' - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, sekiranya sidang Parlimen dipenuhi perkelahian sesama ahlinya, maka masalah COVID-19 dan ekonomi negara tidak selesai.

Ahmad Faizal akan bincang dengan Muhyiddin isu pelantikan Pengerusi KTMB
Faizal akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat berhubung cadangan pelantikannya sebagai Pengerusi KTMB.

PAFA terima peletakan jawatan Ahmad Faizal
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bersetuju menerima peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Presiden persatuan itu.

Ahmad Faizal letak jawatan Presiden PAFA
Datuk Adly Shah Ahmad Tah pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pafa dan Pengurus Pasukan Liga Super Perak.

"Kalau UMNO dibuli, saya tidak hilang jawatan" - Faizal Azumu
"Jika saya seorang Timbalan Presiden sebuah parti yang membuli parti UMNO, perkara yang berlaku kepada saya itu tidak akan berlaku." - Ahmad Faizal

Ahmad Faizal kekal sebagai Presiden PAFA sehingga kongres tahunan
Ahmad Faizal berkata dia akur dengan segala keputusan yang akan dibuat oleh kongres berkenaan demi memastikan persiapan Perak FC bagi menghadapi Liga M pada musim ini berjalan lancar.

Faizal Azumu boleh terus kekal sebagai Presiden PAFA
Kerajaan negeri tidak mempunyai masalah jika bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terus dikekalkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Bekas MB Perak Ahmad Faizal sahkan tidak akan dilantik ke jawatan Kabinet
Tidak ada (jawatan peringkat Kabinet), sekarang ini jawatan saya adalah Ahli Parlimen Tambun dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, kata Ahmad Faizal.

Ketegangan PN Perak beransur pulih - Penganalisis
Sharifah Syahirah berkata, perkara itu sekali gus akan menyelesaikan kemelut politik yang wujud di negeri itu.

Tangani isu kepercayaan dan rasa curiga dalam politik, iktibar dari Perak - Penganalisis
Kemelut politik yang melanda Perak sebenarnya berakar umbi dari rasa tidak percaya dan saling curiga antara dua parti politik.