JOHOR BAHRU:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mempengerusikan mesyuarat sulung Badan Perhubungan Negeri (BPN) Perikatan Nasional (PN) Johor di Putrajaya, esok (12 Jan), menurut laporan Bernama hari ini.
Laporan itu, memetik jurucakap PN Johor sebagai berkata mesyuarat itu bakal menjadi pencetus kepada gerak kerja besar-besaran di seluruh negara yang akan tertumpu kepada usaha membantu memulihkan kembali kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Menurutnya lagi, menerusi mesyuarat pertama BPN Johor itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN dan Pengerusi BPN PN Johor dijangka mengumumkan pembentukan struktur PN peringkat negeri.
“Mesyuarat juga akan merangka, menyenarai dan menyelaraskan segala program dan aktiviti parti di peringkat negeri menerusi pelantikan jawatankuasa penyelaras Parlimen dan Dewan Undangan Negeri PN),” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.
Selain itu, pembentukan struktur gabungan yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS serta program dan aktiviti yang dirancang, dijangka menjadi model kepada PN di negeri-negeri lain khususnya dalam mengendalikan program di negeri masing-masing.
“Sebagai sebuah gabungan parti politik baharu yang menerajui Kerajaan Pusat, segala program akan memberi fokus kepada usaha membantu rakyat terutama golongan B40 dan M40 sekali gus mengukuhkan lagi kerjasama antara parti dan kedudukan PN sebagai parti pemerintah,” katanya.
Sementara itu, Bernama memetik Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin sebagai berkata perincian mesyuarat itu sedang dibincangkan oleh wakilnya dan wakil Bersatu.
"Dalam mesyuarat itu, kita akan bentuk jawatankuasa bersama dan akan ada lantikan Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan ahli-ahli jawatankuasa.
"Mesyuarat ini penting kerana kita cuba menyesuaikan diri antara kedua pihak (Bersatu dan PAS). Macam salam perkenalan dan memperbincangkan strategi sesuai untuk Johor," katanya lagi.
Menurut Abdullah, menerusi mesyuarat ini pendekatan dan strategi yang bersesuaian dengan kedua-dua parti berkenaan akan dicari supaya ia sesuai dengan suasana politik Johor.
Beliau berkata mesyuarat itu juga dijangka dihadiri oleh lima pemimpin tertinggi PAS Johor termasuk dirinya dan lima daripada Bersatu Johor termasuk Muhyiddin, yang juga Pemangku Pengerusi dan Presiden Bersatu.
Ketika ditanya sama ada UMNO akan turut serta dalam mesyuarat itu, Abdullah berkata: “UMNO tidak terlibat, tetapi PAS tetap akan meneruskan Muafakat Nasional (MN) dengan UMNO.
"Dengan Bersatu, hubungan kita melalui PN, dengan UMNO MN. Hubungan kita dengan UMNO pun masih baik," kata Abdullah.
Pada 5 Jan lepas, Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi kenyataan di Facebook beliau mengumumkan pelantikan seramai 14 Pengerusi BPN PN termasuk Muhyiddin.
Astro Awani
Mon Jan 11 2021

Muhyiddin dijangka mempengerusikan mesyuarat sulung Badan Perhubungan Negeri (BPN) Perikatan Nasional (PN) Johor di Putrajaya, esok (12 Jan). -Gambar fail

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.

PKP - Tidak ada sebut tentang pkp penuh - EuroCham
Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia (EuroCham Malaysia) menafikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ada sebut tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh pada Februari, jika jumlah kes jangkitan COVID-19 gagal diturunkan. Dalam satu kenyataan, eurocham memaklumkan surat berkenaan merupakan pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua anggota untuk menyampaikan intipati perbincangan tidak rasmi dengan MITI.

AWANI Ringkas: Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM | Tidak ada sebut tentang PKP penuh - EuroCham
![[INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia [INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/42602381571611500103371/1887057_8967789641611500411313_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia
![[INFOGRAFIK] Populariti Muhyiddin berakhir? [INFOGRAFIK] Populariti Muhyiddin berakhir?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/39668803231611500103354/1887056_8967789641611500286089_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Populariti Muhyiddin berakhir?
![[INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/35311973791611500103355/1887055_8967789641611500226468_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021)

Agenda AWANI: Pakej PERMAI bantu rakyat dan perniagaan
Temu bual @najibaroff bersama Johan Mahmood Merican, Pengarah Belanjawan Negara @MoF mengenai pakej #PERMAI dalam #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com

Polis siasat dakwaan pesakit COVID-19 langgar kuarantin, bebas ke tempat awam
Menerusi Twitter, pesakit itu memberitahu ada keluar ke tempat umum beberapa kali, termasuk untuk membeli belah dan membeli makanan.

Warga emas gelang merah jambu habis minyak ketika ke hospital - Polis
Warga emas terbabit terpaksa berhenti untuk mengisi minyak di Masjid Tanah, sebelum dirakam seorang individu dan ditularkan.

Hadi sifatkan berbalah pasal jawatan PM ketika COVID-19 kerja mengarut
Perbalahan itu hanya mengganggu usaha membantu rakyat yang terkesan oleh penularan pandemik tersebut, justeru harus dihentikan.

Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen tolak darurat
Anwar mendakwa seramai 114 atau 115 ahli Parlimen menyatakan bantahan mereka terhadap darurat yang diusulkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kalau tanya sekarang, jumlah mencukupi - Anwar
Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Vaksinasi penting untuk kembali pulihkan ekonomi - MOSTI
Apabila imuniti kelompok tercapai maka penularan COVID-19 akan dapat dikawal kerana majoriti penduduk sudah memiliki ketahanan terhadap virus itu.

Punca sebenar perpecahan dalam UMNO, ini dikatakan kisah di sebaliknya...
Terdapat usaha jelas kelompok dalam UMNO untuk memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu, dan jalin kerjasama dengan Anwar dan DAP.

ASEAN komited realisasikan ADM 2025
Ia bakal menjadi kerangka hala tuju dalam mendukung aspirasi digital dan mengukuhkan kerjasama serantau dalam membangunkan sektor digital ASEAN.

Sarawak Memilih: GPS akan mohon pengecualian darurat jika COVID-19 terkawal - Masing
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memohon untuk dikecualikan daripada darurat bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) dijalankan.

Kerjasama perkukuh pengaruh ASEAN dalam bidang digital - Muhyiddin
Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya platform digital dilihat sebagai satu medium yang perlu digunakan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

ADGMIN1: COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia - Muhyiddin
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak setahun yang lalu telah mempercepat pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.

Keliru dan celaru COVID-19: Sikap mahu jadi orang pertama, punca sebaran berita palsu
Orang ramai perlu bertanggungjawab dalam setiap apa yang dikongsi selain cakna untuk menyemak segala informasi diterima.