awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Muhyiddin mungkin lupa, kemenangannya dulu pun hasil sokongan PH' - Loke

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
22/05/2023
06:27 MYT
'Muhyiddin mungkin lupa, kemenangannya dulu pun hasil sokongan PH' - Loke
Loke menempelak Muhyiddin yang didakwanya mungkin sudah lupa bahawa kemenangannya dalam PRU14 dahulu adalah hasil sokongan pengundi Pakatan Harapan (PH).- Fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kemenangan Ahli Parlimen Pagoh itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dahulu adalah juga hasil sokongan pengundi Pakatan Harapan (PH).
Beliau turut menempelak Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang didakwanya mungkin sudah terlupa tentang perkara itu.
"Beliau mungkin lupa... beliau dulu pun bersama dengan PH, sudah tentu (beliau) berkempen untuk DAP dan PH.
"Begitu juga DAP berkempen untuk beliau di kawasan (Parlimen) Pagoh, kalau bukan kerana pengundi PH memberikan undi kepada beliau, tidak mungkin beliau menang pada PRU14, atas sokongan pengundi PH juga," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa gesaan agar ahli UMNO menyokong DAP pada PRN di enam negeri sebagai sesuatu yang janggal selain bertentangan dengan dasar parti.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai keyakinan Muhyiddin bahawa PN mampu meraih sehingga 80 peratus undi terutama daripada pengundi Melayu pada pilihan raya negeri akan datang, beliau berkata, itu pandangan peribadi Ahli Parlimen Pagoh itu.
"Tak apalah, itu pandangan beliau, dalam kempen pilihan raya, mana-mana pihak boleh cakap apa-apa sahaja, yang menentukan (kemenangan) adalah rakyat.
"Sesiapa pun boleh cakap besar, tapi orang yang cakap besar selalunya kecewa," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#Anthony Loke
#Muhyiddin Yassin
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan