awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muktamar Pas: Baiah Pas lebih berkesan berbanding undang-undang lompat parti - Hadi Awang

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
03/09/2022
04:41 MYT
Muktamar Pas: Baiah Pas lebih berkesan berbanding undang-undang lompat parti - Hadi Awang
Hadi menyampaikan ucapan dasar Presiden Pas sempena Muktamar Tahunan Pas ke-68 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut di sini pada Sabtu. - Foto Astro AWANI
ALOR SETAR: Lafaz sumpah dan baiah oleh para pemimpin utama dan calon-calon pilihan raya yang dipilih mewakili Pas adalah lebih berkesan jika dibandingkan dengan undang-undang lompat parti yang baru sahaja diperkenalkan.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjelaskan, perkara berkenaan telah ditegaskan di dalam Perlembagaan parti sehingga mengatasi segala undang-undang bagi memelihara integriti ahli-ahli parti itu.
"Sepatutnya Pas diberi lebih kepercayaan kerana adanya ikatan baiah yang lebih hebat daripada undang-undang kini yang luput tarikhnya,
"Sesiapa yang tidak memelihara integriti pasti akan melompat sendiri kerana mereka kepanasan walaupun berada dalam bilik berhawa dingin, atau dipecat dengan tindakan disiplin.
"Parti tidak rosak, terus maju dan subur berkembang, sentiasa menambahkan ahli, kawasan, cawangan dan penyokong," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden Pas sempena Muktamar Tahunan Pas ke-68 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut di sini pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, Pas juga membuktikan pelaksanaan yang berkesan berhubung amalan integriti tinggi, dimana ia ditonjolkan di negeri-negeri yang diperintah di Kelantan, Terengganu dan Kedah, selain beberapa kementerian yang ditugaskan meskipun dengan bidang kuasa terbatas.
Perkara ini, tegasnya berjaya dilakukan kerana berpegang kepada kaedah yang ditetapkan oleh para ulamak.
Sementara itu, Abdul Hadi turut menyatakan bahawa Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah yang telah dikuasai Pas adalah ‘negeri pangkalan’ yang wajib dipertahankan dan dilaksanakan agenda Islam mengikut bidang kuasa negeri.
Kawasan Parlimen dan DUN yang telah dimenangi di beberapa negeri juga perlu diberikan perhatian terutama untuk menarik sokongan rakyat seramai mungkin.
Ia mesti dilakukan dengan apa jua cara melalui kefahaman dan kesedaran, termasuk khidmat masyarakat dan kegiatan sosial.
Topic Berkaitan
#Muktamar Pas
#Abdul Hadi Awang
#baiah
#antillompat parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan