awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muktamar Pas: Sanusi contoh baik demokrasi dalam parti - Tuan Ibrahim

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
14/09/2025
10:35 MYT
Muktamar Pas: Sanusi contoh baik demokrasi dalam parti - Tuan Ibrahim
Menurut Tuan Ibrahim, kemenangan tanpa bertanding lima jawatan tertinggi membolehkan Pas fokus kepada persiapan PRU16 bersama Perikatan Nasional. - Gambar fail/Bernama
JITRA: Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan menolak dakwaan bahawa parti itu tidak mengamalkan sistem demokrasi yang sebenar apabila lima jawatan tertinggi termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden dimenangi penyandang sedia ada tanpa ada sebarang pemilihan oleh perwakilan dalam Muktamar Tahunan Pas ke-71.

Ringkasan AI
  • Tuan Ibrahim menolak dakwaan Pas tidak demokratik, menegaskan demokrasi dalam parti diukur melalui kesepakatan ahli, bukan perebutan jawatan.
  • Keputusan Sanusi tolak pencalonan Naib Presiden dijadikan contoh pengagihan tugas dan fokus terhadap tanggungjawab sedia ada.
  • Kemenangan tanpa bertanding lima jawatan tertinggi membolehkan Pas fokus kepada persiapan PRU-16 bersama Perikatan Nasional, manakala pemilihan AJK Pusat tetap berlangsung.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa demokrasi dalam parti berkenaan boleh diukur melalui kesepakatan ahli-ahlinya dalam memikul tanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing berbanding perebutan terhadap jawatan tertentu.
Tambahnya, keputusan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menolak pencalonannya sebagai Naib Presiden Pas buat kali ketiga, menjadi antara contoh baik berhubung amalan demokrasi dalam parti itu.
"Demokrasi (dalam parti) bukan bermakna (kita) lawan, demokrasi bermakna kesepakatan, saya tengok sebagai contoh, walaupun ada di antara AJK Pas Pusat, dia dapat pencalonan yang tinggi (untuk bertanding Naib Presiden) tetapi bagi dia (perlu tolak), katanya dia lebih ada fokus (terhadap tugas tertentu).
"Contohnya (adalah) Sanusi, dia Menteri Besar Kedah, dan dia Pengarah Pilihan Raya, jadi dia melihat keperluan kalau boleh kita agihkan bidang tugas ini, bukan berebut nak jawatan, tetapi agihkan kerja, dia nak tumpukan negeri lagi, jadi Pengarah Pilihan Raya, kalau dia jadi Naib Presiden (akan beri kesan terhadap tugas-tugas sedia ada), mungkin itu dia lihat," katanya.
Tuan Ibrahim berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Forum Ummah Muslim Antarabangsa (MUNIF) 2025 di Darulaman Golf and Country Club (DGCC), pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan bahawa kemenangan tanpa bertanding lima jawatan tertinggi itu juga membolehkan Pas dapat memberikan fokus kepada meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bersama gabungan Perikatan Nasional.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan bahawa tiada pertandingan melibatkan lima jawatan tertinggi merangkumi Presiden, Timbalan Presiden, dan tiga Naib Presiden dalam pemilihan parti itu sempena Muktamar Tahunan ke-71.
Bagaimanapun, perwakilan akan memilih 18 orang ahli bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat bagi penggal kali ini daripada keseluruhan 30 orang calon yang disahkan bertanding.
Topic Berkaitan
#Muktamar Pas
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Muhammad Sanusi Md Nor
#demokrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan