awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permintaan kargo udara Asia Pasifik naik 8.4 peratus pada 2025, teraju prestasi global - IATA
Permintaan penumpang kukuh pada 2025 - IATA
Planet baharu saiz Bumi dikesan berhampiran zon boleh dihuni
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muktamar Pas sebulat suara tolak RUU PSB, desak kerajaan batal pelaksanaan

Sinar Harian
Sinar Harian
16/09/2025
05:05 MYT
Muktamar Pas sebulat suara tolak RUU PSB, desak kerajaan batal pelaksanaan
Antara perwakilan dari seluruh negara yang hadir ke Muktamar Tahunan Pas ke-71 di Kompleks Pas Kedah, Alor Setar pada Selasa. - Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-71 dengan tegas dan tanpa kompromi menolak sekeras-kerasnya pindaan Rang Undang-undang Akta Pembaharuan Bandar (PSB) yang didakwa jelas mengancam hak rakyat dan masa depan generasi muda.

Ringkasan AI
  • Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-71 menolak sekeras-kerasnya pindaan Rang Undang-Undang Akta Pembaharuan Bandar (PSB) kerana didakwa mengancam hak rakyat dan masa depan generasi muda.
  • Pas mendesak kerajaan membatalkan pelaksanaan PSB, menyifatkannya sebagai undang-undang terburu-buru yang membuka ruang kepada penyelewengan dan penindasan.
  • Pas memberi amaran akan menggerakkan mobilisasi rakyat secara besar-besaran jika kerajaan tetap mempertahankan undang-undang tersebut.

Pembentang usul, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz mewakili Pas Kawasan Titiwangsa menegaskan bahawa sebarang undang-undang yang digubal secara terburu-buru tanpa penelitian menyeluruh serta proses libat urus yang telus adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap prinsip keadilan, demokrasi dan amanah pemerintahan.
Menurutnya, muktamar dengan tegas mendesak kerajaan agar membatalkan segera pelaksanaan PSB. Ini kerana dakwanya RUU berkenaan bukan sahaja membebankan rakyat tetapi juga membuka ruang kepada penyelewengan dan penindasan yang lebih besar.
"Muktamar turut mengingatkan bahawa Pas bersama seluruh kekuatan ummah tidak akan teragak-agak untuk menggerakkan mobilisasi rakyat secara besar-besaran sekiranya kerajaan tetap berdegil mempertahankan undang-undang zalim ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul PSB pada Muktamar Tahunan Pas ke-71 di Kompleks Pas Kedah di sini pada Selasa.
Hadir sama, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muktamar Pas
#Akta Pembaharuan Bandar
#tolak pindaan
#orang Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan