awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mungkin Abd Hadi dah jumpa dalil halalkan cara - Veteran UMNO

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
23/01/2023
02:40 MYT
Mungkin Abd Hadi dah jumpa dalil halalkan cara - Veteran UMNO
Datuk Mustapha Yaakub berkata, kemungkinan Presiden Pas itu telah menjumpai dalil untuk menghalalkan cara.
KUALA LUMPUR: Veteran UMNO menempelak kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam.
Menyifatkan kenyataan terbaharu Abdul Hadi itu sebagai perkara yang tidak menghairankan, Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, kemungkinan Presiden Pas itu telah menjumpai dalil untuk menghalalkan cara.
Katanya lagi, Abdul Hadi seorang yang banyak mengeluarkan fatwa politik menggunakan Islam demi mencapai matlamat Pas malah fatwanya yang mengkafirkan orang UMNO adalah yang paling lama sehingga menimbulkan perpecahan dalam masyrakat, keluarga dan rumah tangga.
"Semua masih ingat peristiwa solat dua imam. Kawin imam orang UMNO tidak sah. Sembelihan orang UMNO haram. Anak dan ibu bapa serta adik beradik putus hubungan kekeluargaan dan berbagai musibah berlaku akibat fatwa Abdul Hadi itu.
"Kejayaan Abdul Hadi mengeluarkan fatwa dan dalil-dalil politiknya telah berjaya sehingga pengikutnya mempercayai bahawa fatwa dan dalilnya itu betul dan benar kerana Abdul Hadi digelar sebagai Tuan Guru maka apa yang keluar dari mulutnya semuanya betul dan benar.
"Mereka tidak nampak keburukan dan kemunafikan Abdul Hadi yang telah melakukan kefasikan kepada diri mereka," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Pada Sabtu, Abdul Hadi menyifatkan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam.
Presiden Pas itu berkata demikian ketika mengulas tindakan UMNO Terengganu yang memfailkan petisyen bagi kerusi Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman dengan alasan wujud rasuah kepada pengundi di ketiga-tiga kerusi terbabit ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Mengulas lanjut, Mustapha berkata, pihaknya menyeru Abdul Hadi supaya berhenti dari melakukan kerosakan kepada aqidah pengikutnya dan bertaubat dengan segera.
"Veteran UMNO mendesak Hadi supaya memohon maaf secara terbuka dan menarik balik fatwanya yang mengkafirkan orang UMNO.
"Veteran UMNO juga menyeru Hadi supaya kembali kepangkal jalan dan berhenti dari melakukan kemungkaran demi kesejahteraan ummah dan bangsa Melayu," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#mustapha yaakub
#pemberian wang tunai
#dalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan