awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib pengerusi mesyuarat MT UMNO, dijangka bincang isu Muhyiddin

Wan Syamsul Amly, Hilal Azmi
Wan Syamsul Amly, Hilal Azmi
26/02/2016
08:14 MYT
Najib pengerusi mesyuarat MT UMNO, dijangka bincang isu Muhyiddin
Najib mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn. -Astro AWANI/Shahir Omar
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn.
Mesyuarat yang bermula pada kira-kira pukul 4 petang itu dijangka membincangkan isu utama kedudukan timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan akan dilucutkan selepas mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap kepimpinan tertinggi parti.
Bagaimanapun kelibat Muhyiddin dan naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal masih belum kelihatan. Difahamkan, Muhyiddin kini berada di luar negara.
Sidang media pula dijangka bermula pada pukul 6.30 petang.
TONTON: Nazri Aziz minta Muhyiddin Yassin letak jawatan dalam UMNO
BACA: Nazri minta Muhyiddin letak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO
Sebelum ini, ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menasihati Muhyiddin supaya tidak mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap kepimpinan tertinggi parti, sebaliknya menunggu keputusan hasil mesyuarat MT hari ini.
BACA: Nazri tegur Muhyiddin jangan cabar kepimpinan tertinggi
BACA: Nazri bawa usul gantung jawatan Muhyiddin ke mesyuarat MT UMNO
Nasihat yang disuarakan Mohamed Nazri adalah berhubung kenyataan Muhyiddin terhadap Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor agar tidak mengambil tindakan ke atasnya melainkan mempunyai bukti yang cukup.
Terdahulu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan buku 'Najib Razak Kembara Politik - 40 Tahun' di lobi menara Dato Onn.
TONTON: Spekulasi penggantungan Muhyiddin Yassin
TONTON: Nazri mahu Muhyiddin digantung jawatan
Buku terbitan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia tersebut memaparkan kisah suka duka Najib sebagai ahli politik selama 40 tahun yang bermula sebagai Ahli Parlimen Pekan pada 21 Februari 1976.
TONTON: Impak tindakan terhadap Muhyiddin - penganalisis
TONTON: Gantung Muhyiddin perlu melalui Lembaga Disiplin
Topic Berkaitan
#mesyuarat Majlis Tertinggi
#MT UMNO
#Muhyiddin Yassin
#Najib Razak
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan