awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Nak jadi Ketua Pemuda UMNO tak boleh jadi pak turut'

Sinar Harian
Sinar Harian
12/02/2023
22:00 MYT
'Nak jadi Ketua Pemuda UMNO tak boleh jadi pak turut'
MUQHARABBIN: Dalam masa sama, Ketua Pemuda UMNO perlu membawa perubahan dalam meremajakan parti agar parti ini kembali kuat dan diterima anak muda serta rakyat. - Gambar fail
SHAH ALAM: Individu yang berhasrat menjadi Ketua Pemuda UMNO perlu mempunyai pendirian yang tegas dan tidak hanya menjadi 'pak turut', kata bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.
Menurutnya, pemimpin tersebut perlu berani menerajui parti, lantang bersuara, mampu berdebat dan menyampaikan ucapan di forum antarabangsa.
“Dalam masa sama, perlu membawa perubahan dalam meremajakan parti agar parti ini kembali kuat dan diterima anak muda serta rakyat.
“Bagi saya, untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO, seseorang itu hendaklah mempunyai pendirian yang tegas dan tidak menjadi ‘pak turut',” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Media sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dikatakan mungkin menjadi calon baharu yang akan bertanding bagi merebut jawatan Ketua Pemuda dalam pemilihan Pemuda UMNO yang bakal berlangsung pada 11 Mac depan.
Ia susulan calon popular, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan digantung keahlian parti selama enam tahun.
Mengulas lanjut, Muhamad Muqharabbin turut menyifatkan Onn Hafiz sebagai calon yang paling sesuai untuk memegang tampuk kepimpinan Pergerakan Pemuda parti itu bagi penggal 2023-2026.
Ujarnya, Onn Hafiz mempunyai aura untuk diangkat sebagai pemimpin muda.
“Selepas Shahril Sufian yang seharusnya layak bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO digantung tanpa sebab, saya merasakan aura Onn Hafiz adalah pemimpin muda yang sesuai.
“Saya yakin, Onn Hafiz mampu menerajui kepimpinan pemuda nanti memandangkan beliau juga adalah bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO semasa zaman Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan mempunyai pengalaman luas dalam mentadbir negeri serta negara.
“Jika UMNO ingin berubah, pemilihan kali inilah yang paling sesuai, bermula di peringkat cawangan, bahagian dan juga pusat sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti,” jelasnya.
Beliau menambah, terdapat beberapa lagi calon lain yang dilihat sesuai untuk memegang kepimpinan Pemuda UMNO selain Onn Hafiz iaitu Ketua Pemuda UMNO Selangor, Datuk Rizam Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi.
“Tetapi sekiranya salah seorang ini pergi, saya cadangkan jangan antara mereka ada pertembungan.
“Saya yakin Pemuda UMNO Malaysia akan lebih kuat dan mampu diuruskan dengan sebaik mungkin.
“Sekiranya ingin melingkup PRN dan PRU16 nanti, pilihlah pemimpin yang menjadi 'pak turut' yang hanya ingin menjaga kepentingan diri sendiri bukannya perjuangan parti,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin
#Ketua Pemuda UMNO
#Pemilihan UMNO
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan