awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nik Amar sah belum terima jemputan, akan hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani

Adam Darwish
Adam Darwish
27/04/2023
11:33 MYT
Nik Amar sah belum terima jemputan, akan hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani
Naib Presiden Pas menegaskan setakat ini belum menerima surat rasmi daripada Kerajaan Pusat termasuk jemputan kepada Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri. - Gambar/ Astro AWANI
KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata akan hadir pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini pada 12 Mei ini, jika tiada pertindihan dengan program lain.
Bagaimanapun, beliau yang juga Naib Presiden Pas menegaskan setakat ini belum menerima surat rasmi daripada Kerajaan Pusat termasuk jemputan kepada Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri.
"Kita memang ada menerima surat yang menyatakan satu majlis hari raya akan diadakan di sini dan bakal dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diuruskan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
"Di dalam surat itu ada menyatakan yang Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bakal memberikan ucapan. Setakat ini itu sahaja maklumat yang kita ada namun surat jemputan rasmi belum lagi diperolehi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pas Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Rumah Terbuka Malaysia Madani turut akan diadakan di lima negeri lain iaitu Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor, iaitu negeri-negeri yang belum mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Semalam, Perikatan Nasional (PN) menyifatkan hasrat kerajaan Pusat mengadakan siri Rumah Terbuka Malaysia Madani di enam negeri tidak lama lagi sebagai sesuatu yang keterlaluan dan gelojoh.
Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dilaporkan berkata penganjuran rumah terbuka itu juga mencabar maruah kerajaan Persekutuan.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Pas menjelaskan, rumah terbuka anjuran kerajaan Pusat itu tersasar daripada matlamat sebenar perayaan berkenaan kerana diadakan di negeri yang akan terbabit dalam PRN.
Katanya sambutan bersiri itu melanggar konvensyen dan adab hubungan di antara kerajaan Pusat dan negeri-negeri dari segi wibawa dan bidang kuasa masing-masing.
Menurut Takiyuddin adalah lebih manis jika Putrajaya mengekalkan amalan pembahagian tradisi tersebut dengan kerajaan Pusat menganjurkan rumah terbuka utama di peringkat kebangsaan sahaja.
Topic Berkaitan
#rumah terbuka
#Anwar Ibrahim
#Kelantan
#Mohd Amar Nik Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan