awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ongkili jalankan tugas presiden PBS berkuatkuasa serta-merta

Bernama
Bernama
29/07/2016
14:30 MYT
Ongkili jalankan tugas presiden PBS berkuatkuasa serta-merta
Ongkili, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, akan menyelia semua perkara parti termasuk hal ehwal dan pengurusan bahagian, cawangan dan ibu pejabat parti. - Gambar fail
Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili telah diamanahkan oleh majlis tertinggi parti untuk menjalankan tugas presiden parti berkuatkuasa serta-merta.
Setiausaha Agung PBS Datuk Johnny Mositun dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata keputusan itu dibuat atas permintaan presiden parti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti di sini.
Bagaimanapun, Mositun berkata Pairin akan kekal sebagai Presiden PBS sehingga tempoh penggal parlimen dan dewan undangan negeri sekarang berakhir.
"Beliau akan terus menjalankan tugasnya (sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah) dan tugasan berkaitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain sehingga tempoh penggal berakhir," kata Mositun.
Beliau berkata, Ongkili, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, akan menyelia semua perkara parti termasuk hal ehwal dan pengurusan bahagian, cawangan dan ibu pejabat parti.
"Ini adalah sebahagian daripada langkah persediaan dalam rancangan penggantian kepimpinan parti.
"Dalam ucapannya, presiden Parti (Pairin) menggesa pemimpin parti di semua peringkat untuk bekerjasama, terus bersatu dan berusaha keras untuk mengukuhkan parti dan memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Topic Berkaitan
#Dr Maximus Ongkili
#Johnny Mositun
#Joseph Pairin Kitingan
#Parti Bersatu Sabah
#PBS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan