Pakatan Harapan (Harapan) boleh menjadi BN 2.0 jika tiada mana-mana pihak mengawal selia setiap struktur pentadbiran negara.
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi berkata perkara itu tidak dilihat akan terjadi apabila Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad membuat keputusan mengikut konsensus parti-parti gabungan Harapan.
"Kalau ada yang kata, Harapan akan jadi, mungkin kerana Tun Mahathir merupakan 'orang lama' dalam BN dahulu.
"Beliau mentadbir negara selama dua dekad, sudah pasti akan ada rasa-rasa lama itu, tetapi ia tidak berlaku memandangkan parti gabungan ini iaitu Amanah, Bersatu, DAP dan PKR serta Parti Warisan Sabah juga perlu dimaklumkan sebelum apa-apa tindakan diambil," katanya.
Abdul Muien berkata demikian sewaktu menjadi tetamu dalam program FB LIVE Sinar Harian dengan tajuk Pakatan Harapan adalah BN 2.0.
Beliau berkata, memasuki 10 hari pentadbiran baharu Harapan, sudah beberapa perkara dibuat yang menyejukkan hati rakyat.
"Pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan bermula 1 Jun depan, harga minyak yang stabil biarpun harga pasaran minyak dunia kian melonjak serta penubuhan majlis penasihat.
"Majlis penasihat ini juga dibuat setelah mendapat persetujuan konsensus. Lima yang dipilih juga bukan sembarangan di mana mereka tidak bertanding pada PRU14 serta bukan pilihan rakyat, namun ia sangat membantu struktur pentadbiran negara pada ketika ini," jelasnya.
Tambah beliau, dengan beberapa perkara yang dilakukan secara drastik ini, sama sekali tidak sama dengan pentadbiran terdahulu yang mengatakan kerajaan ini klon kepada BN.
"Sudah menjadi persoalan warga Malaysia, apa lagi kita baru sahaja melepasi transisi pentadbiran.
"Ada beberapa perkara perlu dikaji. Pertamanya penguasaan kepimpinan di atas. Tun Mahathir akur untuk melepaskan jawatan Menteri Pelajaran kerana mengikut 12 Janji Harapan ialah perdana menteri tidak boleh memegang jawatan lain," katanya.
Ia jelas tidak wujud sebarang persamaan dengan BN. Selain itu menamakan ketua-ketua parti memegang jawatan menteri juga dilihat adil dalam kerajaan baharu ini.
"Ia tak sama sekali dengan BN. Antaranya, isu pelantikan Menteri kewangan kepada Lim Guan Eng yang masih bersangkutan kes, kemudian kenyataan daripada Datuk Saifudin Nasution terhadap Rafizi Ramli, nampak macam authoritarian (kuku besi), tetapi tidak sebenarnya," katanya lagi.
Katanya, jika dahulu, pentadbiran Tun Mahathir era dahulu tidak sama langsung dengan sekarang.
"Jika dahulu, agihan masih mengikut parti-parti politik, di mana parti komponen di bawah kuasa beliau iaitu MCA dan MIC berada dalam kawalannya, tetapi tidak lagi pada hari ini.
"Parti lain dalam Harapan sudah sepakat seperti yang dijelaskan awal tadi, setiap keputusan perlulah mendapat persetujuan bersama," ujarnya lagi.
Abdul Muein berkata, biarpun begitu, banyak penambahbaikan yang dilihat ada kelebihan dan kelemahan.
"Lihat beberapa penambahbaikan yang begitu fundamental di bawah pentadbiran beliau, bukan semata-mata disebabkan tekanan parti.
"Jika dilihat perbezaan jumlah kerusi di mana PKR menang dengan 49 kerusi, 42 kerusi milik DAP dan Bersatu kurang 20. Tun Mahathir tidak lagi mentadbir Malaysia pada era beliau dulu," katanya.
Sinar Harian
Sun May 20 2018
ABDUL MUEIN: Parti lain dalam Harapan sudah sepakat seperti yang dijelaskan awal tadi, setiap keputusan perlulah mendapat persetujuan bersama. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
Kerjasama Pas-UMNO bakal 'tumbangkan' PH - Penganalisis politik
Berdasarkan kajian kuantitatif Ilham Centre, hanya perubahan sekitar 11 peratus undi Melayu diperlukan Pas dan UMNO untuk menguasai majoriti di Parlimen.
Pakatan Harapan akan jadi BN2.0?
Memasuki 10 hari pentadbiran baharu Harapan, sudah beberapa perkara dibuat yang menyejukkan hati rakyat.