Tinjauan pendapat umum terbaru KAJIDATA Research akan populariti Pakatan Harapan (PH) semasa ia meraikan ulang tahun pertama pemerintahannya menunjukkan ramai melihat PH sebagai kerajaan yang berdaya maju berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Tinjauan melalui telefon itu membabitkan 1,007 responden daripada pelbagai kaum, usia, pendapatan, negeri dan jantina menunjukkan 40% lebih cenderung untuk mengundi PH berbanding dengan PAS (16%) atau BN (15%). PH tetap mempunyai sokongan yang lebih besar jika dibandingkan dengan gabungan BN dan Pas.
Kajian yang dijalankan untuk membantu memahami persepsi rakyat terhadap PH juga menunjukkan 43% daripada pengundi berpendapatan tinggi berpuas hati dengan cara PH menguruskan ekonomi tetapi hanya 30% daripada golongan berpendapatan rendah berpuas hati.
Perbezaan ini mempunyai kesan politik yang jelas dengan pengundi berpendapatan rendah lebih berkemungkinan mengundi gabungan BN dan Pas berbanding PH. Analisis tinjauan juga menunjukkan bahawa kesejahteraan ekonomi Rakyat merupakan salah satu faktor penting dalam menentukan kesetiaan politik.
Kajian yang dijalankan sejak Mac tahun ini itu juga mendapati PH tidak medapat sokongan tinggi di Kelantan dan Terengganu, satu lagi petunjuk yang PH masih lagi tidak dapat meyakinkan masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah bandar bahawa ia adalah pilihan yang lebih baik.
Bagaimanapun, PH mempunyai sokongan padu di negeri-negeri di bawah pentadbirannya. Responden Sarawak juga menyatakan keyakinan mereka kepada PH.
Penemuan lain oleh KAJIDATA akan tahun pertama pemerintahan PH juga mirip dengan penemuan beberapa kajian lain termasuk kajian oleh Merdeka Centre dan kajian YouGov oleh The Star Media Group.
Berikut adalah ringkasan penemuan lain tinjauan KAJIDATA:
a) 42% berpuas hati dengan prestasi Tun Mahathir dan 37% tidak berpuas hati.
b) Hanya 34% berpuas hati dengan prestasi BN berbanding dengan 39% untuk PH.
c) 40% lebih cenderung untuk mengundi PH berbanding dengan Pas (16%) atau BN (15%).
d) PH mempunyai sokongan padu di negeri-negeri di bawah pentadbirannya.
e) 42% rakyat Malaysia percaya bahawa Malaysia sedang menuju ke arah yang salah berbanding 35% yang merasakan sebaliknya
f) 39% tidak berpuas hati dengan prestasi PH dan hanya 37% yang berpuas hati
g) 43% tidak berpuas hati dengan cara PH mengurusankan ekonomi dan hanya 33% yang berpuas hati
h) 38% belia memilih gabungan BN dan PAS berbanding 33% untuk PH
i) 38% daripada pengundi berpendapatan rendah memilih untuk mengundi gabungan BN dan PAS berbanding 31% untuk PH
j) PH tidak medapat sokongan yang tinggi di Kelantan dan Terengganu.
Diasaskan pada 2015, KAJIDATA Research mengkhusus dalam risikan Pasaran, Komersil dan Sosio-Politik dengan mengendalikan dan menyatukan metadologi tinjauan pendapat umum yang terbaik selain analisis media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2019
Penemuan lain oleh KAJIDATA akan tahun pertama pemerintahan PH juga mirip dengan penemuan beberapa kajian lain termasuk kajian oleh Merdeka Centre dan kajian YouGov oleh The Star Media Group. - Gambar fail
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.