MENJELANG Pilihan Raya Umum 15 (PRU15), memilih barisan baharu penggubal undang-undang di Parlimen, ‘corak’ untuk edisi ke-15 ini memperlihatkan yang paling sengit dalam sejarah.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PRU15 merekodkan seramai 21,173,638 pemilih berdaftar layak mengundi pada PRU-15 meliputi 20,905,366 pengundi biasa, 146,737 anggota tentera serta pasangan, 118,794 anggota polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 2,741 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Angka ini termasuk 1.4 juta pengundi berumur 18-20 tahun yang bakal turun mengundi buat kali pertama.

Pendaftaran secara automatik pemilih berusia 18 tahun ke atas sudah diwartakan dan berkuat kuasa sejak 15 Disember 2021.

Sebanyak 39 parti layak bertanding dalam PRU15 kali sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding PRU14 pada 2018.

Seramai 1,386 calon disahkan layak bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas proses penamaan calon selesai berlangsung di seluruh negara semalam.

Sementara itu, PRU15 turut menyaksikan enam parti gabungan bertanding bagi meraih sokongan pengundi.

Antaranya adalah Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sarawak (GRS), Pakatan Harapan (PH) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

LIHAT CALON-CALON DAN KEPUTUSAN PRU14 DI SINI

Selain 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, pilihan raya bagi 116 kerusi DUN di Perlis, Pahang dan Perak turut diadakan serentak selepas ketiga-tiga negeri itu membubarkan DUN masing-masing susulan Pembubaran Parlimen ke-14 pada 10 Oktober lalu.

LAPOR LANGSUNG PRU15 

Sejumlah 10 negeri tidak akan mengadakan pilihan raya memilih ADUN pada PRU15 nanti.

[INFOGRAFIK] Apa Yang Perlu Anda Tahu | Pengundi Muda PRU15

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh memaklumkan enam borang pencalonan ditolak membabitkan empat kawasan Parlimen serta dua DUN dan tiada calon yang menang tanpa bertanding.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh

Hanya sembilan daripada 222 kerusi Parlimen akan menyaksikan persaingan sengit. Selebihnya melibatkan pertemuan pelbagai penjuru sehingga ada 10 calon bertanding untuk satu kawasan. Jom semak info pertembungan berapa penjuru di kawasan anda. 

[INFOGRAFIK] Senarai Ahli BN tidak dicalonkan

Pertembungan dua penjuru:

Sarawak
Kawasan Parlimen:
- Limbang
- Kota Samarahan
- Mukah
- Batang Sadong
- Hulu Rajang
- Tanjong Manis
- Igan
- Sarikei

Pertembungan tiga penjuru

Perlis
Kawasan parlimen: Arau

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mewakili BN, manakala Abas Awang dan Asmawi Harun masing-masing mewakili PH serta PN.

Pahang
Kawasan Parlimen:
- Bera
- Cameron Highlands
- Jerantut

Kedah
Kawasan parlimen: Sik


Wilayah Persekutuan
Kawasan parlimen:
- Segambut
- Bandar Tun Razak
- Bukit Bintang
- Cheras

Pulau Pinang
Kawasan Parlimen:
- Bukit Gelugor
- Bukit Mertajam
- Tanjong

Negeri Sembilan
Kawasan Parlimen:
- Rasah

Sarawak
Kawasan Parlimen:
- Saratok
- Selangau
- Stampin
- Bintulu
- Betong
-  Kapit
- Miri
- Bandar Kuching
- Baram
- Petrajaya
- Santubong
- Mas Gading
- Batang Lupar
- Lawas
- Puncak Borneo
- Sibuti
- Sibu

Johor
Kawasan Parlimen:
- Tebrau
- Labis
- Kulai
- Muar
- Pengerang
- Ayer Hitam
- Iskandar Puteri
- Pulai
- Tanjung Piai
- Parit Sulong
- Kota Tinggi
- Pagoh
- Sembrong

Sabah
Kawasan Parlimen:
- Kota Belud
- Silam
- Sipitang

Perak
Kawasan Parlimen:
- Lenggong
- Ipoh Timor
- Padang Rengas
- Batu Gajah
- Beruas
-Gerik

Selangor
Kawasan Parlimen:
- Damansara
- Subang

Pertembungan empat penjuru

Johor
Kawasan Parlimen:
- Pontian
- Pasir Gudang
- Segamat
- Tenggara
- Bakri
- Johor Bahru
- Sri Gading
- Kluang
- Simpang Renggam

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa

Kuala Lumpur
Kawasan Parlimen:
- Lembah Pantai
- Titiwangsa

Kelantan
Kawasan Parlimen
- Kubang Kerian
- Kuala Krai
- Machang
- Gua Musang
- Jeli
- Pasir Puteh
- Ketereh
- Pasir Mas

Selangor
Kawasan Parlimen:
- Sabak Bernam
- Sungai Besar
- Kuala Selangor
- Puchong
- Shah Alam

Presiden Parti Keadilan Rakyat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan pertandingan empat penjuru bagi kerusi Parlimen Tambun

Perak
Kawasan Parlimen:
- Teluk Intan
- Ipoh Barat
- Gopeng
- Kampar
- Parit
- Bagan Datuk
- Bagan Serai
- Parit Buntar
- Tambun
- Larut
- Bukit Gantang
- Kuala Kangsar
- Pasir Salak

Kedah
- Kulim- Bandar Baharu
- Kubang Pasu
- Padang Terap
- Baling
- Jerai
- Pokok Sena
- Jerlun
- Pendang

Melaka
Kawasan Parlimen:
- Masjid Tanah
- Kota Melaka
- Alor Gajah
- Hang Tuah Jaya
- Jasin

Sabah
Kawasan Parlimen:
- Semporna
- Keningau
- Penampang
- Putatan

Kerusi Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertembungan empat penjuru di mana penyandangnya, Nurul Izzah Anwar (PH) akan berdepan dengan pesaing, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (BN), Muhammad Fawwaz Mat Jan (PN) dan Mohamad Nasir Othman (Pejuang).

Penang
Kawasan Parlimen:
- Permatang Pauh
- Bagan
- Kepala Batas
-Nibong Tebal

Terengganu
Kawasan Parlimen:
- Kuala Terengganu
- Kuala Nerus
- Marang
- Besut
- Hulu Terengganu
- Kemaman
- Setiu

Pahang
Kawasan Parlimen:
- Maran
- Kuala Lipis
- Paya Besar
- Temerloh
- Indera Mahkota
- Kuala Krau
- Rompin
- Kuantan
- Raub

Sarawak
Kawasan Parlimen:
- Sri Aman
- Serian
- Julau
- Lanang
- Lubok Antu

Negeri Sembilan
Kawasan Parlimen:
- Jelebu
- Jempol
- Tampin

Pertembungan lima penjuru

Sabah
Kawasan Parlimen:
-Kota Kinabalu
-Kimanis
-Kudat
-Sepanggar
-Batu Sapi
-Beluran
-Tenom
-Ranau
-Kalabakan
-Pensiangan

Terengganu
Kawasan Parlimen: Dungun

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli daripada Pakatan Harapan (PH) bertanding di Parlimen Pandan

Selangor
Kawasan Parlimen:
-Tanjong Karang
-Gombak
-Pandan
-Selayang

Perlis
Kawasan Parlimen:
- Kangar
- Padang Besar

Negeri Sembilan
Kawasan Parlimen:
- Seremban
- Kuala Pilah
- Port Dickson
- Rembau

Pulau Pinang
Kawasan Parlimen;
- Batu Kawan
- Bukit Bendera
- Tasek Gelugor

Sarawak
Kawasan Parlimen;
- Kanowit

Kelantan
Kawasan Parlimen
- Tumpat
- Tanah Merah
- Bachok
- Pengkalan Chepa
- Rantau Panjang.

Perak
Kawasan Parlimen; Lumut

Wilayah Persekutuan
Kawasan Parlimen
- Kepong
- Seputeh

Kedah
Kawasan Parlimen:
- Sg Petani
- Kuala Kedah
- Langkawi
- Merbok

Melaka
Kawasan Parlimen: Tangga Batu

Johor
Kawasan Parlimen
- Batu Pahat
- Mersing
- Sekijang

Pahang
Kawasan Parlimen;
- Bentong
- Pekan

Pertembungan enam penjuru

Perak
Kawasan Parlimen:
- Taiping
- Tanjong Malim
- Tapah

Pertembungan tujuh penjuru

Selangor
Kawasan parlimen;
- Kapar
- Klang
- Sungai Buloh

Kedah
Kawasan Parlimen: Alor Setar

Perak
Kawasan Parlimen: Sungai Siput


Presiden AMANAH, Mohamad Sabu tampil untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja


Pertembungan lapan penjuru

Selangor
Kawasan Parlimen:
- Bangi
- Kota Raja
- Sepang

Pertembungan sembilan penjuru

Selangor
Kawasan Parlimen: Ampang

Naib Presiden PKR, Tian Chua kembali bertanding selaku calon BEBAS.

Calon bebas, Nur Fathiah Syazwana Shaharudin atau lebih dikenali dengan panggilan Cleopatra turut mendapat perhatian ramai

Pertembungan 10 penjuru


Wilayah Persekutuan
Kawasan Parlimen; Batu
(Parlimen Batu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur paling mencuri tumpuan dengan pertembungan 10 penjuru, tertinggi di seluruh negara, antara penyandang, bekas penyandang, bekas Timbalan Menteri Luar serta enam pencabar yang lain merangkumi antaranya peguam dan pempengaruh media sosial.)