KUALA LUMPUR: Parlimen seharusnya berasingan serta berbeza daripada badan kehakiman dan badan eksekutif selaras dengan semangat reformasi, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim.
Beliau berkata ia boleh dicapai dengan meminda Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
"Pentadbiran Parlimen masih dikawal oleh kerajaan yang berkuasa, menerusi sebuah jabatan (di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri)... sudah tentu bukan itu caranya, ini bukan perkara yang boleh dipandang ringan.
"Oleh itu, kita berpendapat bahawa tempoh untuk perubahan sedang berlaku, kita yang wujudkannya, dan kita perlu bertanya satu soalan: bagaimana kita boleh mengubah senario ini? Jawapannya (ialah) kita ubah undang-undang," katanya semasa menyampaikan syarahan pada sesi Parliament Lecture Series 1.0: Resetting the Malaysian Economy di sini pada Jumaat.
Beliau berkata bagi menjadikan Parlimen lebih bebas, badan legislatif perlu memiliki sumber kewangan sendiri, sumber pentadbiran, dan kuasa untuk menentukan perjalanan Parlimen secara dalaman, sebagaimana Kongres Amerika Syarikat dan House of Commons United Kingdom.
Akta Perkhidmatan Parlimen diperkenalkan pada 1963, membuka jalan kepada Dewan Rakyat untuk bertindak sebagai badan bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih kakitangannya dan mengawal perbelanjaannya, namun ia telah dimansuhkan pada 1992.
Mengenai Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, beliau berkata mengikut undang-undang, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara mempunyai kuasa eksekutif dari segi mengawal tingkah laku Ahli Parlimen dan Senator dari segi mejaga ketertiban.
Beliau seterusnya memberikan beberapa contoh salah laku Ahli Parlimen yang disifatkan sebagai perbuatan salah di sisi undang-undang, dan mencadangkan supaya pindaan itu perlu dilakukan untuk meningkatkan denda, dan supaya Peraturan Mesyuarat mematuhi Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023
Menurut Rais, ia boleh dicapai dengan meminda Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952. - Foto fail
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
RUU penubuhan MCBA dijangka dibentang di Parlimen Julai ini
Kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) di Parlimen pada Julai ini.
Pelan akses jalur lebar, barangan subsidi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai akses jalur lebar diutarakan Edwin Anak Banta (GPS-Selangau) kepada Menteri Komunikasi pada sesi soal jawab.
Rancangan pengembalian kalendar persekolahan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Persoalan berhubung kalender sesi persekolahan itu akan dikemukakan oleh YB Parit Buntar kepada Menteri Pendidikan.
Cadangan penambahbaikan Akta 711 dijangka dibentang di Parlimen tahun ini - Azalina
Cadangan penambahbaikan bagi Akta 711 yang antara lain melibatkan mekanisme pemusatan penerimaan aduan kelakuan tidak wajar, dijadual untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.
LCS: RM7.02 bilion telah dibayar kerajaan sehingga kini - Menteri Pertahanan
Angka itu merupakan 62.49% daripada jumlah kos projek berjumlah RM11.22 bilion, dibayar mengikut kontrak yang ditetapkan.
Isu kurma dari Israel dan subsidi telur antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Rosol minta menteri nyatakan apakah tindakan yang telah diambil susulan pembongkaran terdapatnya kurma dari Israel dibawa masuk ke Malaysia.
Isu kematian pelarian di pusat tahanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tentang laporan baru HRW yang mendakwa kerajaan menindas kumpulan pelarian di pusat tahanan.
Parlimen Malaysia tidak boleh renggang dengan rakyat - YDP Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia tidak boleh renggang dengan rakyat sebaliknya rakyat perlu diberi penjelasan mengenai peranan dan fungsi sebenar institusi itu.