awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas beri bayangan bertanding PRN Sabah - Abdul Hadi

Sinar Harian
Sinar Harian
31/08/2024
09:45 MYT
Pas beri bayangan bertanding PRN Sabah - Abdul Hadi
Abdul Hadi (depan, empat, kiri) ketika hadir pada sidang akhbar dalam Konvensyen Pas Sabah di Kota Kinabalu pada Sabtu.
KOTA KINABALU: Pas Sabah memberi bayangan akan kembali bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang selepas tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bagaimanapun mengatakan jumlah kerusi untuk ditandingi parti itu terpulang kepada kekuatan jentera di Sabah.
"Bergantung kepada perbincangan kita dengan rakan-rakan parti yang bersama dan kekuatan jentera kita. Pilihan raya pun tak tahu lagi bila.
"Itu keadaan pada masa itu dan kita membantu rakan-rakan lain, mungkin (PRN) akan ada perubahan. Kemungkinan Pas akan bertanding itu ada atau sebaliknya," katanya dalam sidang akhbar selepas Konvensyen Pas Sabah di sini pada Sabtu.
Konvensyen tersebut turut dihadiri Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa dan Pesuruhjaya Pas Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Sabah, Dr Aliakbar Gulasan.
Diminta mengulas mengenai kerjasama Pas dengan Perikatan Nasional (PN) di Sabah, beliau berkata, bahawa Pas menerima hakikat kehidupan masyarakat majmuk.
"Di Sabah ini dalam keadaan orang Islam pelbagai suku kaum, pelbagai bangsa ada pengaruhnya, juga orang Islam diambil kira dan di Sabah ini masih majoriti orang Islam," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai keahlian Pas di Sabah, beliau memaklumkan Pas Sabah telah mencapai 20,000 keahlian melibatkan di tiga zon iaitu Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.
Sebelum itu, pada PRU15 yang lalu Pas Sabah tidak meletakkan calon seperti kebiasaannya susulan keputusan untuk memberi laluan kepada rakan gabungan PN Sabah. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PAS
#PRN Sabah
#Abdul Hadi Awang
#bertanding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan