awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas 'curang' kepada UMNO, empat kali Pas pernah gagal dalam perkahwinan politik - Penganalisis

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
01/02/2022
05:50 MYT
Pas 'curang' kepada UMNO, empat kali Pas pernah gagal dalam perkahwinan politik - Penganalisis
Menurut Mohammad Tawfik jambatan politik yang diusahakan Pas juga sudah terbakar kerana UMNO begitu marah dengan tindakan parti itu yang lebih memberi fokus kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
KUALA LUMPUR: Sejarah membuktikan sudah empat kali Pas 'çurang' dalam ‘perkahwinan politik’ bermula dengan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1977, disusuli Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan kemudian Pakatan Rakyat pada tahun 2008.
Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, berdasarkan sejarah tersebut, beliau berpendapat Pas tidak lagi mampu untuk bekerjasama dengan parti politik lain termasuk UMNO.
Bahkan, beliau berasakan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) juga akan terkubur kelak selagi Pas masih bersikap sama dan pemimpin di dalamnya angkuh, tidak menerima pandangan pihak lain.
BACA: PRN Johor akan jadi penentu "hidup mati" Muafakat Nasional - Penganalisis
BACA: "Majoriti ahli MT UMNO sokong Muafakat Nasional" - Presiden Pas
“Saya lihat tindakan label-melabel antara satu sama lain dan melabelkan seolah-olah luar daripada kotak pemikiran itu adalah seperti mengamalkan politik gua yang tiada ketamadunannya, tiada adabnya.
“Sudah tiada pertimbangan kewarasannya. Inilah sebenarnya yang berlaku sehingga menyebabkan rakyat lihat bahawa mereka sudah bosan dengan pertelingkahan UMNO dan Pas,” katanya dalam Buletin AWANI pada Selasa.
Tambah beliau, melihat kepada situasi semasa antara Pas dan UMNO, beliau menyifatkan Pas curang kepada UMNO.
PRN Johor | Bibit-bibit terkuburnya MN semakin jelas
Tegasnya, jambatan politik yang diusahakan Pas juga sudah terbakar kerana UMNO begitu marah dengan tindakan parti itu yang dilihat lebih fokus kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Seolah-olah kita cuba untuk merapatkan hubungan Pas dan Amanah, itu tidak boleh diterima Pas. Begitu juga keadaannya apabila kita cuba memujuk UMNO berbaik dengan Bersatu.
“Keadaan sama juga berlaku. Maka mahu atau tidak mahu, Pas perlu pilih sama ada Bersatu atau UMNO untuk mengembalikan keamanan, keharmonian orang Melayu,” ujarnya.
BACA: UMNO Kelantan putuskan hubungan dengan Pas negeri - Ahmad Jazlan
BACA: Kebangkitan semula UMNO bukan kerana 'ubat mujarab' Pas - Mohamad
Pas-UMNO | Empat kali Pas gagal dalam €˜perkahwinan politik
Astro AWANI sebelum ini melaporkan perjumpaan membabitkan Pas bersama kepimpinan UMNO masih lagi berjalan dan akan dilaksanakan secara berterusan khususnya dalam membincangkan mengenai kerjasama kedua-dua parti itu menerusi Muafakat Nasional (MN).
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad memaklumkan, parti itu tetap berpegang kepada pendirian untuk memperkukuhkan MN bersama UMNO, selain jalinan kerjasama bersama parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN).
Menurutnya, hanya satu pihak sahaja iaitu Pakatan Harapan (PH) yang mahu melihat segala usaha bagi membentuk kerjasama itu digagalkan.
Topic Berkaitan
#Muafakat Nasional
#PAS
#UMNO
#Bersatu
#Perikatan Nasional
#PN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan