awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS henti 'dinasti' Nik Aziz di DUN Chempaka - Atory

Astro Awani
Astro Awani
04/03/2015
09:25 MYT
PAS henti 'dinasti' Nik Aziz di DUN Chempaka - Atory
ATORY: PAS henti 'dinasti' Nik Aziz di DUN Chempaka - Gambar fail
Tindakan PAS tidak menyenarai pendek nama anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac ini dilihat langkah parti itu menghentikan legasi Nik Aziz di kerusi berkenaan.
Penganalisis politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, ia sekali gus usaha menghentikan politik kekeluargaan di kerusi berkenaan selain mengelakkan sebarang dakwaan unsur mengamalkan konsep 'dinasti' oleh pihak luar.
"Saya ingat itu keputusan PAS di pihak perhubungan yang dipersetujui semua pihak.
"Ia mengelakkan politik kekeluargaan dan membuktikan politik untuk diwarisi oleh ahli keluarga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Atory mengulas pengumuman Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyenarai pendek tiga nama sebagai calon bagi PRK DUN Chempaka.
Kata Mohd Amar, senarai itu telah dihantar kepada PAS Pusat untuk penilaian terakhir dan calon yang layak akan diumumkan Ahad ini.
Bagaimanapun kata Atory, PAS juga boleh mempertimbangkan anak Allahyarham Nik Aziz jika melihat individu berkenaan mempunyai kebolehan untuk memimpin.
"Ia subjektif, kalau anak dia (Allahyarham Nik Aziz) lebih berketerampilan, bagus juga jika dipilih.
"Mungkin PAS mahu muka baharu di sana, angin baru selepas sekian lama Allahyarham Nik Aziz di sana," ujarnya.
Sebelum ini, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali dilaporkan tidak berhasrat bertanding sebagai calon bebas pada PRK berkenaan.
Kata Ibrahim, dia tidak berupaya dari segi kewangan dan tidak mempunyai jentera pilihan raya kerana tidak menjadi anggota mana-mana parti.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh PRK DUN Chempaka pada 22 Mac manakala hari penamaan calon ialah 10 Mac.
Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Februari lepas.
Topic Berkaitan
#atory
#Chempaka
#Nik Aziz
#PAS
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan