awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas jangka senarai calon dimuktamad dalam tempoh satu atau dua minggu

Bernama
Bernama
07/07/2023
03:41 MYT
Pas jangka senarai calon dimuktamad dalam tempoh satu atau dua minggu
Tuan Ibrahim berkata, Majlis Syura Ulama Pas akan meneliti senarai calon dari segi kelayakan syarie. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Pas menjangkakan senarai akhir calon yang akan bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti, dimuktamadkan dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.
Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Majlis Syura Ulama Pas akan mengadakan mesyuarat minggu ini bagi membuat tapisan terakhir senarai calon yang sudah diperolehi daripada enam negeri terlibat PRN nanti.
Beliau berkata Majlis Syura Ulama Pas akan meneliti senarai calon dari segi kelayakan syarie seperti bukan pelaku dosa besar, bukan merosakkan nama parti, dan memastikan mereka adalah 'orang yang mampu melaksanakan tanggungjawab dan amanah kalau ditakdirkan dipilih'.
"Kita minta setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) hantar sekurang-kurangnya dua nama, tetapi ada yang hantar tiga, empat malah lima nama," katanya kepada pemberita selepas Ceramah Mega Pakat Pertahan dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) Parlimen Kubang Kerian, di sini malam tadi.
Mengulas lanjut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata senarai calon yang melepasi tapisan berkenaan kemudiannya akan dihantar ke Jawatankuasa Pas Pusat sebelum dipanjangkan kepada Presiden parti dan pimpinan Pas negeri untuk keputusan akhir.
Sementara itu beliau turut menolak satu maklumat ditularkan media sosial mengenai senarai yang dikatakan calon Pas pada PRN nanti, dan menegaskan bahawa ia adalah maklumat palsu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAS
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#PRN
#calon bertanding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan