KUALA TERENGGANU: Pas akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri di tiga negeri yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) untuk membincangkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi membolehkan ia diadakan serentak dengan tiga negeri di bawah pentadbiran parti itu.
Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perjumpaan itu akan dilakukan pada minggu depan bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari; Menteri Besar, Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Menurutnya, walaupun pertemuan tidak rasmi telah pun diadakan akhir tahun lalu, namun tidak ada sebarang keputusan yang dicapai berhubung tarikh yang sesuai untuk PRN diadakan serentak di enam negeri terlibat.
"Keputusan sama ada PRN akan diadakan serentak atau tidak kami akan bincang dulu," katanya selepas majlis Apresiasi Penerima Biasiswa Young Talent Scholarship Programme (YT-TI) 2022 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu, tetap berharap PRN dapat diadakan serentak bagi memudahkan rakyat dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguruskan pilihan raya tersebut.
"Kemungkinan untuk tidak berlaku serentak atau tak itu ada. Tidak ada mana-mana pihak boleh paksa negeri-negeri lain untuk jalankan PRN sekali. Tetapi tiga negeri PAS telah sepakat akan buat pada tarikh sama," kata beliau.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sebelum ini menegaskan, bahawa parti itu akan membuat keputusan sendiri berhubung tarikh PRN bagi tiga negeri di bawah pentadbirannya iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah.
Abdul Hadi turut menyerahkan kepada PH untuk membubarkan DUN di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor itu serentak dengan tiga negeri pentadbiran Pas atau sebaliknya. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

Pas akan mengadakan pertemuan bersama MB dan KM di tiga negeri yang diterajui oleh Pakatan Harapan untuk membincangkan tarikh PRN bagi membolehkan ia diadakan serentak dengan tiga negeri di bawah pentadbiran PH. - Gambar fail

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Projek Sakit | KPKT teliti lebih 500 projek rumah swasta terbengkalai
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti lebih 500 projek perumahan swasta yang dikenal pasti sebagai projek 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

10 Berita Pilihan - (28 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khairy Pecat | TMJ mungkin tawar jawatan kepada KJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin. Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince Of Johor, malam tadi.

Politik | Pemecatan dan penggantungan pemimpin UMNO ada kecacatan - Ismail Sabri
Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).

Elak kongsi maklumat operasi SJR di aplikasi Waze - Polis
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pasukan itu menerusi aplikasi Waze.

Pembersihan UMNO | Ini bukan pengakhiran, hanya permulaan - Hishammuddin
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan penggantungannya selama enam tahun daripada UMNO bukan lah satu pengakhiran. Sebaliknya, ahli Parlimen Sembrong itu dalam satu rakaman video memberi bayangan bahawa ia satu permulaan baharu. Beliau menambah, perbincangan akan dilakukan dengan kepimpinan UMNO Sembrong bagi melihat langkah seterusnya, hala tuju serta tindakan susulan penggantungan tersebut.

Serangan Tehran | Segera bawa ke muka pengadilan
Malaysia menggesa agar pelaku serangan bersenjata di Kedutaan Republik Azerbaijan di Tehran pada 27 Januari segera dibawa ke muka pengadilan.

Pas jumpa tiga pemimpin negeri PH bincang PRN serentak
Perjumpaan itu akan dilakukan pada minggu depan bersama MB Selangor, MB Negeri Sembilan dan Ketua Menteri Pulau Pinang.

MB, Ketua Menteri enam negeri perlu bincang tarikh PRN - Aminuddin
Enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini perlu berbincang bagi menentukan tarikh bersesuaian bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

PRN: Kemenangan parti komponen Kerajaan Perpaduan penting demi kestabilan
Kemenangan parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang adalah penting untuk memastikan situasi politik negara adalah stabil.

PRN: Rafizi yakin keputusan kerjasama PH, BN dimuktamadkan dalam masa terdekat
Menurut Rafizi, pandangan pelbagai pihak perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum keputusan dicapai di antara dua gabungan politik itu.

Negeri Sembilan jadi negeri model kuatkan kerjasama PH, BN - Rafizi
Negeri Sembilan boleh menjadi negeri model terbaik untuk menguatkan kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

PRN: UMNO lantik Menteri Angkat atur strategi di 6 negeri
UMNO akan terus memastikan kesiapsiagaan jentera parti itu berada pada tahap optimum bagi menghadapi Piliha Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi membabitkan enam buah negeri.

PRN: Rafizi yakin tiga negeri di bawah PH mampu dipertahan
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli yakin Pakatan Harapan (PH) dapat mempertahankan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

PRN sebelum tamat tempoh penggal DUN - Takiyuddin
Pas mengekalkan pendirian untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri bagi negeri yang dikuasai mereka sebelum tamat tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN).

'Masih terlalu awal bincang PRN' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat adalah masih terlalu awal untuk mengadakan perbincangan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika ini.

PRN: Agihan kerusi PN 80 peratus siap
Perbincangan berkenaan telah diadakan bersama parti-parti komponen dalam gabungan semasa menghadapi PRU15 lepas.