awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas maafkan kesilapan Tun M - Mohd Amar

Sinar Harian
Sinar Harian
22/07/2023
02:27 MYT
Pas maafkan kesilapan Tun M - Mohd Amar
Tun Mahathir hadir pada program 'Munajat Rakyat Kelantan: Pakat Pertahan dan Amanat Pemimpin' bersama Mohd Amar (kanan) dan Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah menerima secara terbuka sokongan yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M kepada Perikatan Nasional (PN) ketika ini.
Kehadiran negarawan ulung tersebut menyampaikan ucapan buat kali pertama di pentas Pas pada program 'Munajat Rakyat Kelantan: Ppakat Pertahan dan Amanat Pemimpin' di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat memberi gambaran parti seolah-olah sudah memaafkan kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.
"Saya harap dengan kemasukan beliau (Tun M) bersama kita (PN) dapat membersihkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini," katanya selepas diminta mengulas kehadiran buat kali pertama Tun M berceramah di atas pentas Pas.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, Pas sentiasa terbuka menerima mana-mana individu yang sudah berubah untuk bersama-sama dengan perjuangan Pas.
Ujarnya, berkait soal sejarah semua orang ada sejarahnya.
"Kalau dalam sejarah Islam, semua orang yang masuk Islam sebelum itu mempunyai banyak masalah (dengan Islam) sebagai contoh lawan Nabi.
"Namun selepas pembukaan Kota Makkah, Abu Sufian, Khalid Al-Walid dan Wahsyi telah masuk (memeluk) Islam. Kalu kita tengok, Wahsyi bunuh bapa saudara Nabi (Hamzah Abu Mutalib. Jadi bila dia (Tun M) sudah berubah kita terima. Sejarah tu nak buat macam mana," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#PAS
#mohd amar abdullah
#maafkan kesilapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan