awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Papa Roach menggegarkan Kuala Lumpur buat kali pertama
RPN 2026-2035 memanusiakan sistem pendidikan
[TERKINI] Bekas PTD mengaku tidak bersalah terima wang haram RM145,000, kes dipindah ke Mahkamah KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas perlu cermin diri, rakyat perlu buka mata - Mujahid

Sinar Harian
Sinar Harian
07/07/2023
23:15 MYT
Pas perlu cermin diri, rakyat perlu buka mata - Mujahid
Penyokong dan ahli Pas telah ditunggangi atas nama agama oleh pemimpin-pemimpin parti itu, dakwa Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.
SHAH ALAM: Penyokong dan ahli Pas telah ditunggangi atas nama agama oleh pemimpin-pemimpin parti itu, dakwa Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.
Menurutnya, pemimpin Pas sepatutnya cermin diri terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukum dengan fatwa sesat bahawa kerajaan hari ini wajib dijatuhkan.
"Fatwa sesat wajib jatuhkan kerajaan hari ini adalah terdorong hawa nafsu politik yang rakus, kebencian dan jahil tentang disiplin ilmu keluarkan hukum.
"Bagi saya (Pas) kena cermin diri dulu dan yakinkan rakyat bahawa mereka lebih baik, saya yakin Islam akan terpelihara, agama akan dilihat indah dan cantik.
"Orang yang mempergunakan agama akan dilihat sebagai penunggang-penunggang...rakyat Malaysia perlu buka mata dan orang Pas khususnya fahamilah bahawa anda sudah ditunggangi atas nama agama oleh pemimpin-pemimpin Pas," katanya menerusi ciapan video di Twitter pada Jumaat.
Fatwa sesat WAJIB jatuhkan Kerajaan hari ini adalah terdorong hawa nafsu politik yang rakus, kebencian dan jahil tentang disiplin ilmu keluarkan hukum. pic.twitter.com/J7bRUviTpg
— Mujahid Yusof Rawa (@mujahidrawa) July 7, 2023
Mujahid berkata, Pas sendiri terpalit dengan fitnah rentetan kekalahan dua kes mahkamah melibatkan beliau.
"Dengan saya saja dua kali mereka kalah kerana fitnah LGBT dan fitnah saya ini jual hotel Tabung Haji.
"Kalau lihat status itu sendiri pun, saya tak fikir rakyat Malaysia boleh percaya dengan hukum yang dikeluarkan oleh parti Pas ini kononnya atas agama dan syariat," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PAS
#Pas perlu cermin diri
#fatwa sesat
#Mujahid Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan