awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas pertimbang fail petisyen pilihan raya bagi beberapa kerusi DUN

Bernama
Bernama
14/08/2023
14:03 MYT
Pas pertimbang fail petisyen pilihan raya bagi beberapa kerusi DUN
Takiyuddin berkata parti itu juga tidak menolak kemungkinan untuk memfailkan petisyen pilihan raya terhadap keputusan berkenaan dalam waktu terdekat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pas akan meneliti keputusan dan laporan pilihan raya bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertikaikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, kata Setiausaha Agung parti itu Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata parti itu juga tidak menolak kemungkinan untuk memfailkan petisyen pilihan raya terhadap keputusan berkenaan dalam waktu terdekat, namun tidak menyatakan kawasan-kawasan berkenaan.
"Pas percaya perjalanan proses pilihan raya yang baik, teratur dan aman adalah ciri penting sebuah masyarakat dan negara yang matang dan demokratik.
"Ia juga adalah petunjuk kepada kesediaan semua pihak untuk mendaulatkan suara dan kehendak rakyat dalam pemilihan wakil mereka, sekalipun keputusan yang dibuat mungkin tidak memihak kepada kita," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam PRN Sabtu lepas, Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahankan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu dengan menyapu bersih semua 32 kerusi DUN di Terengganu selain memenangi 43 daripada 45 kerusi di Kelantan dan 33 daripada 36 kerusi di Kedah.
Takiyuddin berkata Pas bersama PN komited dan akan meneruskan agenda serta khidmat terbaik untuk semua rakyat di negeri-negeri yang berada di bawah pentadbiran PN.
"Pada masa sama Pas akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab serta konstruktif di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikuasai oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Pakatan Harapan
#pilihan raya negeri
#pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan