awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak berlesen diberi tumpuan utama - Tiong King Sing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS sedia isytihar dana politik

Bernama
Bernama
14/08/2015
23:31 MYT
PAS sedia isytihar dana politik
TAKIYUDDIN: PAS mempunyai rekod dan catatan lengkap mengenai dana politik dan tidak mempunyai halangan untuk mengisytihar semua sumbangan dana yang diterima.
PAS menyatakan kesediaan untuk mengumumkan jumlah dana politik yang diterima parti itu selaras dengan pengumuman penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) pada Jumaat.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata mereka mempunyai rekod dan catatan lengkap mengenainya dan tidak mempunyai halangan untuk mengisytihar semua sumbangan dana yang diterima oleh parti itu.
"Kita tak ada masalah untuk umumkan dana ini sebab biasanya kami terima dana daripada sumbangan terbuka, malah kalau dalam program seperti ceramah dan sebagainya kita umumkan berapa jumlah kita dapat pada masa itu," katanya.
Beliau berkata berdasarkan undang-undang, setiap parti politik dibolehkan mencari dana dari luar dan hanya perlu mengisytiharkan senarai perbelanjaan parti dalam musim pilihan raya.
"Memiliki dana dan perbelanjaan semasa musim pilihan raya adalah dua perkara berbeza, itu kena jelas," katanya.
Ketika mengumumkan penubuhan JKNMPP di Putrajaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia bertujuan merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif.
Takiyuddin berkata keanggotaan JKNMPP perlu dibuka kepada semua parti politik termasuk pembangkang bagi memastikan pelan tindakan yang akan dihasilkan telus dan menyeluruh.
"Setiap parti politik perlu mempunyai wakil sebagaimana jawatankuasa-jawatankuasa lain yang dibentuk di peringkat nasional," katanya.
Topic Berkaitan
#dana politik
#JKNMPP
#Najib Razak
#PAS
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan